Tuesday 31 December 2013

Teori Lingusitik

Teori Pohon dan Teori Gelombang

Teori linguistik merupakan sekumpulan hipotisis yang digunakan untuk menerangkan data bahasa sama ada yang bersifat lahiriah seperti bunyi bahasa dan juga yang bersifat batiniah separti makna (Harimurti 1983:166). Teori linguistik merupakan cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dalam penyelidikan bahasa sama ada dalam bidang semantik, dielektologi, psikolinguistik, dan sebagainya. Teori pohon dan teori gelombang digunakan dalam bidang linguistik bandingan terutamanya dalam linguistik sejahrawi.

Teori pohon (Family tree theory) atau Stammbaumtheorie atau Pedigree Theory dikemukakan oleh A. Schleincher, yang diilhamkannya melelui teori kejadian oleh Charles Darwin yang beliau kembangkan dalam usahanya mengelempokkan bahasa-bahasa yang beliau kaji. Berdasarkan kepada teori pohon, suatu bahasa bercabang menjadi dua  bahasa yang berlainan namun masih mempertahankan dialek yang diwarisi melalui induk bahasanya. Dengan kata lain, teori ini melihat pmecahan bahasa-bahasa dari induknya seumpama percabangan dahan pada pokok. percabangan tersebut berlaku secara mandadak dan berterusan, setiap peringkat cabang terbahagi kepada dua cabang yang kemudiannya masing-masing akan melahirkan dua cabang lainnya. Semakin jauh peringkat cabang yang berlaku, maka semakin kurang pertembungan bahasa yang berlaku yang kemudiannya menghasilkan suatu bahasa yang lain.

Kaedah pengelompokkan yang diperkenalkan itu, Teori gelombang kemudiannya lahir melalui J.Schmidt yang menyempurnakannya sebagai usaha untuk memperbaiki kelemahan dalam teori pohon. Melalui Teori gelombang atau Wellentheorie mengungkapkan bahawa bahasa pada suatu kawasan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh perubahan atau perkembangan bahasa-bahasa di sekitarnya. walaupun bahasa berkembang dan terpisah secara beransur-ansur namun masih terdapat proses timbal balik dan pertembungan yang berlaku antara bahasa induk dan bahasa-bahasa sekitarnya. Pengaruh antara bahasa boleh dilihat malalui jarak hubungan antara bahasa, semakin dekat jarak antara bahasa, maka semakin banyaklah pengaruh dan persamaan yang ada. Sebaliknya, semakin jauh jarah antara bahasa, maka semakin berkurangan dan tipis persamaan atau pengaruh antara bahasa tersebut, pergerakan ini dapat difahami melalui pergerakan gelombang pada air.

Teori gelombang sejajar dengan kajian tentang pemecahan bahasa-bahasa sekeluarga dan serumpun. Punca suatu gelombang dapat disamakan dengan induk suatu bahasa, dan gelombang yang berlaku di sekitarnya sebagai dialek-dialek. pekembangan dialek kemudiannya melahirkan bahasa yang baharu. Lingkaran ombak yang terdapat di sekeliling sekitaran itu merupakan bahasa-bahasa yang baru berkembang dari dialek-dialek, sedangkan lingkaran-lingkaran seterusnya merupakan bahasa yang sudah lama berpisah. .

Teori pohon dan teori gelombang mambantu penyelidik melihat dan memahami perkembangan sesuatu bahasa yang bermula dengan perkembangan dialek. Dialek yang berpisah antara satu sama lain dibuktikan masih mempunyai pertembungan dan persamaan sama ada dari segi makna ataupun sebutan. Selain itu, kedua-dua teori tersebut membantu para panyelidik untuk mengklasifikasikan sesuatu bahasa sebagai suatu rumpun atau keluarga bahasa atau juga sebaliknya.

Monday 30 December 2013

Sihir

Perkataan sihir dalam bahasa Arab diambil daripada kata ‘sahara’, iaitu akhir waktu malam dan awal terbitnya fajar, kerana ketika itu bercampur antara gelap da terang, sehingga sesuatu menjadi tidak jelas. Erti lain daripada perkataan sihir adalah segala sesuatu yang halus dan lembut, atau segala hal yang tersembunyi, samar dan tidak terlihat asal usulnya sehingga menipu pandangan seakan melihat sesuatu sedangkan ianya tidak ada.
    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sihir didefinisikan sebagai perbuatan atau kejadian luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus. Sihir melibatkan dua pelaku yang berbeza iaitu manusia dan makhluk halus yang menjadi sebab utama berlakunya perkara yang luar biasa. Selain itu, menurut etimologinya sihir bermaksud sesuatu yang  halus atau  tersembunyi. Allah SWT menegaskan bahawa melakukan sihir merupakan perkara yang mendekatkan diri kepada kekafiran dan dan menjauhkan diri daripada-Nya. Sebagaimana Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud;
“Hanya Syaitan-Syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir), mereka mengajarkan sihir kepada manusia.”
    Berdasarkan kepada Firman Allah SWT diatas, pada hakikatnya sihir adalah tiupan atau khayalan dan gambaran-gambaran yang pada hakikatnya tidak wujud. Sihir adalah sesuatu yang dihasilkan oleh tukang sihir dengan pertolongan dan bantuan makhluk halus seperti jin, dan iblis sebagai balasan mengamalkan sesuatu amalan seperti memuja dan menyembah iblis dan jin.  
    Orang-orang yang melakukan sihir sebenarnya adalah orang yang dipalingkan daripada pengetahuan yang hakiki. Mereka melakukan kebatilan dengan menyembah sesuatu melainkan Allah SWT. Dalam menjelaskan perihal sihir, Allah SWT berfirman dalam surah al-Hijr pada ayat 15  yang bermaksud;
“Bahkan kami adalah orang-orang yang yang terkena sihir.”

    Berdasarkan pendapat Al-Laits, sihir dari segi bahasa adalah suatu perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya. Manakala berdasarkan pendapat Al-Zahari, asas kepada perbuatan sihir adalah memalingkan sesuatu daripada hakikat yang sebenarnya kepada sesuatu yang lain. Ibnu Manzur menambah bahawa, seakan-akan tukang sihir memperlihatkan kebathilan dalam mewujudkan kebenaran dengan mengambarkan sesuatu yang sebenarnya tidak seperti hakikat yang sebenarnya. Ibnu Aisyah juga memberikan pendapat dengan berkata; “Orang Arab menyebut sihir dengan kata as-Sihr kerana ianya menghilangkan kesihatan menjadi sakit.
    Sehubungan dengan itu, menurut Ibnu Faris, sihir ialah dengan menampakkan kebathilan dalam usaha mewujudkan kebenaran. Di dalam kitab Al Mu’jamul Wasiith disebutkan bahawa sihir adalah sesuatu yang dilakukan secara lembut atau halus dan tersembunyi. Sedangkan di dalam kitab Muhiithul Muhiith menyebutkan bahawa sihir adalah tindakan memperlihatkan sesuatu dengan penampilan yang paling bagus, sehingga ia mampu menipu dan memperdayakan manusia.
    Manakala sihir dari segi terminologi  sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdisi, sihir adalah azimat, jampi serapah, mentera dan sebutan-sebutan yang dapat mempengaruhi hati, akal dan tubuh manusia. Menurut beliau lagi, sihir dapat menyakiti, membunuh dan memisahkan antara suami isteri, menimbulkan kebencian antara sesama manusia dan juga boleh membuatkan manusia saling mencintai antara satu sama lain. Dengan kata lain, sihir adalah tipu daya syaitan dan iblis dengan melalui tukag sihir iaitu dukun, paranormal dan sebagainya.
    Al-Qurtubi pula memberikan makna sihir sebagai sesuatu yang mengelabui pandangan dengan cara menipu, seserti seseorang yang melihat fatamorgana dari kejauha dan ia mengiranya seolah-olah itu adalah air. Al-Baidhawi pula mendefinisikan sihir sebagai hal-hal yang bertujuan untuk mendapatkan keperluan dengan melakukan penyembahan kepada syaitan, di mana manusia tidak mampu melakukannya. Manakala Abu Bakar ibnu Al-Arabi seorang pakar tafsir bermazhab Maliki berpendapat bahawa sihir adalah ucapan-ucapan yang mengandung pengagungan selain Allah yang dipercayai oleh pengamalnya mampu menghasilkan dengan kemampuannya.
    Sehubungan dengan itu, sihir dari segi istilah dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama adalah buhul-buhul dan mentera-mentera yakni bacaan-bacaan dan mentera-mentera yang dijadikan perantara oleh tukan sihir untuk meminta bantuan daripada syaitan dan iblis dengan rancangan memberikan kemudaratan, kesakitan, kesengsaraan, kelumpuhan dan kerosakan kepada orang yang disihir. Dengan kata lain, tukang sihir sebenarnya mengabadikan diri dengan mengamalkan mentera-mentera dan bacaan tersebut sebagai balasan kepada usaha dan perbuatan iblis melakukan perkara-perkara luar biasa, ghaib dan mistik. Namun Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 162 yang bermaksud;
“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak akan mampu memberikan kemudaratan dengan sihirnya kepada sesiapapun kecuali dengan izin Allah”.
    Keduanya, sihir adalah ubat-ubatan atau jamu-jamuan yang boleh mempengaruhi orang yang disihir, sama ada secara fizikal, mental sehingga orang yang disihir beruhah secara total daripada kebiasannya, sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 116 yang bermaksud;
“mereka menyulap mata-mata orang.”

    Berdasarkan kepada pendapat Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimah menjelaskan bahawa “ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang penjiwaan manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan daripada makhluk ghaib, yang pertamanya adalah sihir dan keduanya tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan di antara syarat-syaratnya adalah menyembah selain daripada Allah, seperti binatang dan sebagainya.”.

NOROMUK LANSANKU [Lirik dan maksud BM]


Noromuk lansanku                                           Hancur remuk harapanku
✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿
Ngaran nu id ginawoku                                       Namamu dihatiku
Mumbal nodi tumalup                                          Kini semakin pudar
Soira di noilaanku                                               Pabila aku tahu
Okon koh yoho koupusan nu                              Bukan diriku yang kau sayang

mihad pia ti ginawo                                            walaupun hatiku menangis
aiso guna                                                            tiada guna
nobolou lisihku                                                    kasihku telah buta 
om ngawi ti tirakku                                             semua tawa 
om ngingisku baino aiso nodi                          dan senyumanku kini sudah tiada

koturu ti romouku                                               jatuh air mataku
soira kosorou ngawi                                         pabila terkenang semua 
batos nuh ngai doho                                          janjimu kepada ku
amu nodi pinotopot                                           tidak engkau tepati

sansaganku mongirak                                      kupaksa untuk senyum
nga au miloh noromuk lansanku                      namun tak mampu hancur luluh hati
aiso rati ogirot ti tupusku do kumaa diya       keteguhan cintaku padamu tak bererti

mulong pia tu nosindualan                               walaupun aku terluka
toririmoku momolingos                                    akanku cuba untuk mengubatinya
ngarannu id ginawoku                                     namamu dihati 
toririmo ku'd momolihu                                    akanku cuba untuk lupakan

batos di noboris toh gulu                                 janji yang pernah kita ucapkan dulu
aiso noh rati koposionku                                 tak bererti dalam hidupku
tolikudanku iya lihuanku                                   aku berpaling darimu
hiti ginawoku                                                     melupakanmu dari hatiku
✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿




Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu

Panduan penggunaan wacana

Penyataan Transisi
Pembinaan ayat amat memerlukan kemahiran untuk menunjukkan perkaitan antara wacana atau kohesi antara ayat mahupun perenggan.

Mengembangkan idea
Dan, sekali lagi, kemudian, di samping, akhirnya, lebih-lebih lagi, tambahan lagi, bukan juga, sangat, yang berikut, akhir sekali, apatah lagi, sebagai tambahan dsb.

Menunjukkan perbandingan
Padahal, tetapi, sebaliknya, walau bagaimanapun, melainkan, sebagai perbandingan, dibandingkan, di pihak lain, walaupun, sebagai pertentangan, sementara, lagipun, sebagai pertentangan dengan dsb.

Mengutarakan bukti
Kerana, untuk, sejak, bagi alas an yang serupa, nyatalah, daripada segi pembuktian, ntambahan lagi, lebih-lebih lagi, di samping itu, sesungguhnya, sebagai tambahan kepada, iaitu, dalam sebarang hal dsb.

Menyatakan masa
Sejurus selepas itu, lantas, sebaik-baik sahaja, selepas beberapa ketika, sebelum ini, yang pertama dsb.

Mengulang hujah
Secara ringkasnya, sebagaimana saya katakan tadi, sebagaimana yang dinyatakan dsb.

Memberikan penekanan
Tentu sekali, yang penting, tegasnya, pada hakikatnya, sesungguhnya, dalam sebarang hal, secara mutlak, secara positif, secara semula jadi, yang menghairankan, selalunya, selama-lamanya, secara berkekalan, secara empati, tidak boleh dipersoalkan lagi, tanpa rasa ragu, tentu sekali, tidak dinafikan dsb.

 Menunjukkan kesejajaran
Yang pertama dst. yang berikut, kemudian, ekoran perkara tersebut, pada ketika ini, setakat ini, selepas, akhirnya, berikutan ini, secara kebetulan, dengan yang demikian, oleh sebab itu, sebaik-baik sahaja
Menyatakan contoh

Misalnya, contohnya, dalam perkara ini, dengan perkataan lain, pada ketika ini, ambil contoh, untuk menunjukkan, untuk mengambarkan, sebagai gambarannya persisnya dsb.

Menyimpulkan atau menggulung hujah
Secara ringkasnya, pada keseluruhannya, sebagai kesimpulan, sebagaimana yang diperlihatkan, oleh yang demikian, sebagai mengakhiri, pada umumnya, tuntasnya dsb.





Friday 6 December 2013

Kebangkitan Umat Islam Syria

Subahanallah...Umat muslim di Syria telah menderita lebih  43 tahun hidup dalam konflik berpanjangan di bawah ancaman rejimnya yang bengis dan kufur, iaitu rejim ' dinasti ' Assad yang merupakan penganut mazhab sesat Syiah Nushairiyyah (Alawiyyah). Sejak tahun 1970 yakni apabila Hafidz Assad berkuasa hingga saat kini di mana tampuk kekuasaan Syria berada di tangan anaknya, iaitu Bashar Assad, umat muslim di Syiria telah mengalami pelbagai jenis penindasan, serangan demi serangan telah mengorbankan nyawa penduduk islam yang tak terhitung banyaknya. Kebiadaban rejim Assad yang sesat menyebabkan umat muslim Syria tidak dapat menjalankan kehidupan sebagai orang Islam dengan aman , bahkan para perempuan, anak-anak dan orang lanjut usia pun turut ditindas dan diseksa secara keji oleh Bashar dan pengikutnya. Ibarat Firaun masa kini, Bashar selalu mengancam rakyatnya agar menuruti kehendaknya dan menganggap dirinya sebagai Tuhan yang patut disembah serta ditaati segala perintahnya. Umat Islam Syria yang sekian lama mengalami penderitaan sedemikian itu kini tidak mampu berdiam diri lagi, berbekalkan kekuatan iman dan taqwa , mereka mampu bertahan dan terus berupaya agar dapat menegakkan kekuatan Islam di bumi Syria yang diberkati Allah swt. Hingga saat ini, para mujahidin tidak pernah berputus asa untuk berjihad dan menyeru revolusi untuk Islam di seluruh dunia.

Sesungguhnya apabila kita mahu melihat dan menganalisis fakta-fakta berkaitan konflik yang berlaku di Syria saat ini secara lebih mendalam, kita akan dapat mencari realiti bahwasannya konflik di Syria merupakan titik permulaan revolusi Islam yang hakiki. Kerana, perjuangan yang dilakukan oleh umat muslim Syria terdiri daripada para mujahidin yang mukhlisin, bukan sekadar perjuangan biasa yang bertujuan untuk menggulingkan rejim Assad semata-mata, melainkan dengan dorongan kuat  keimanan  dan ketaqwaan mereka terhadap janji Allah swt untuk dapat menegakkan aturan Islam secara total dan menyeluruh di bumi Syria. Bahkan, pelbagai usaha dan campur tangan tentera bertopeng menggunakan senjata pemusnah kimia yang dicanangkan oleh negara-negara asing seperti Amerika, Russia, China, Iran dan Eropah seakan tidak mampu membendung semangat mujahidin serta rakyat Syria lain untuk tetap memperjuangkan kebangkitan Islam. Para pemimpin negara kuasa besar mahupun pihak PBB kini kebingungan dengan keteguhan dan kebangkitan para pejuang Islam yang tidak takut mati dan tidak mahu berkompromi dengan mereka yang mengajak untuk mehidupkan semula sistem demokrasi di bawah kerajaan boneka tajaan yahudi.

Lantas, apakah kita sebagai sesama umat muslim prihatin terhadap mereka dan bagaimana bentuk sokongan kita terhadap perjuangan suci para mujahidin dalam mengawal lahirnya revolusi hakiki Islam? Sudah semestinya kita sebagai umat muslim menyokong dan turut memperjuangkan kebangkitan kembali Islam di muka bumi ini seperti halnya saudara-saudara kita yang hidup di Syria. Sebab, merupakan sebuah kewajiban bagi umat muslim untuk meyakini kebenaran janji Allah swt. bahawasanya di akhir zaman, Islam akan dimenangkan oleh Allah SWT dan kembali berkuasa  di muka bumi. Sebagaimana firman - Nya," Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan - ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang - orang yang Kafir tidak menyukai." (TMQ. at - Taubah [ 09 ] : 32). Meski terbentang jarak yang jauh, kita tetap boleh berjuang untuk saudara-saudari kita di Syria dengan cara memberi pemahaman kepada sesama umat muslim berkaitan keterdesakan kebangkitan Islam kembali secara sempurna dalam sebuah  negara yang hingga  kini belum dapat direalisasikan. Kerana keimanan kita sebagai umat muslim adalah melaksanakan seluruh syariat Islam yang berpunca daripada al-Qur'an dan as-Sunnah dalam segala aspek kehidupan di dunia. Hal tersebut tidak akan menjadi kenyataan di dalam sistem demokrasi yang saat ini digunakan oleh hampir seluruh negera-negara islam, kerana hakikatnya demokrasi merupakan sistem yang berlandaskan kepada prinsip sekularisme iaitu pemisahan agama dari kehidupan.