Perkataan sihir dalam bahasa Arab
diambil daripada kata ‘sahara’, iaitu akhir waktu malam dan awal
terbitnya fajar, kerana ketika itu bercampur antara gelap da terang, sehingga
sesuatu menjadi tidak jelas. Erti lain daripada perkataan sihir adalah segala
sesuatu yang halus dan lembut, atau segala hal yang tersembunyi, samar dan
tidak terlihat asal usulnya sehingga menipu pandangan seakan melihat sesuatu
sedangkan ianya tidak ada.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
sihir didefinisikan sebagai perbuatan atau kejadian luar biasa yang dilakukan
oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus. Sihir
melibatkan dua pelaku yang berbeza iaitu manusia dan makhluk halus yang menjadi
sebab utama berlakunya perkara yang luar biasa. Selain itu, menurut
etimologinya sihir bermaksud sesuatu yang
halus atau tersembunyi. Allah SWT
menegaskan bahawa melakukan sihir merupakan perkara yang mendekatkan diri
kepada kekafiran dan dan menjauhkan diri daripada-Nya. Sebagaimana Firman-Nya
dalam surah al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud;
“Hanya
Syaitan-Syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir), mereka mengajarkan sihir
kepada manusia.”
Berdasarkan kepada Firman Allah SWT
diatas, pada hakikatnya sihir adalah tiupan atau khayalan dan gambaran-gambaran
yang pada hakikatnya tidak wujud. Sihir adalah sesuatu yang dihasilkan oleh
tukang sihir dengan pertolongan dan bantuan makhluk halus seperti jin, dan
iblis sebagai balasan mengamalkan sesuatu amalan seperti memuja dan menyembah
iblis dan jin.
Orang-orang yang melakukan sihir
sebenarnya adalah orang yang dipalingkan daripada pengetahuan yang hakiki.
Mereka melakukan kebatilan dengan menyembah sesuatu melainkan Allah SWT. Dalam
menjelaskan perihal sihir, Allah SWT berfirman dalam surah al-Hijr pada ayat 15 yang bermaksud;
“Bahkan kami
adalah orang-orang yang yang terkena sihir.”
Berdasarkan pendapat Al-Laits, sihir
dari segi bahasa adalah suatu perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada
syaitan dengan bantuannya. Manakala berdasarkan pendapat Al-Zahari, asas kepada
perbuatan sihir adalah memalingkan sesuatu daripada hakikat yang sebenarnya
kepada sesuatu yang lain. Ibnu Manzur menambah bahawa, seakan-akan tukang sihir
memperlihatkan kebathilan dalam mewujudkan kebenaran dengan mengambarkan
sesuatu yang sebenarnya tidak seperti hakikat yang sebenarnya. Ibnu Aisyah juga
memberikan pendapat dengan berkata; “Orang Arab menyebut sihir dengan kata as-Sihr
kerana ianya menghilangkan kesihatan menjadi sakit.
Sehubungan dengan itu, menurut Ibnu
Faris, sihir ialah dengan menampakkan kebathilan dalam usaha mewujudkan
kebenaran. Di dalam kitab Al Mu’jamul Wasiith disebutkan bahawa sihir adalah
sesuatu yang dilakukan secara lembut atau halus dan tersembunyi. Sedangkan di
dalam kitab Muhiithul Muhiith menyebutkan bahawa sihir adalah tindakan
memperlihatkan sesuatu dengan penampilan yang paling bagus, sehingga ia mampu menipu
dan memperdayakan manusia.
Manakala sihir dari segi terminologi sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Muhammad
Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdisi, sihir adalah azimat,
jampi serapah, mentera dan sebutan-sebutan yang dapat mempengaruhi hati, akal
dan tubuh manusia. Menurut beliau lagi, sihir dapat menyakiti,
membunuh dan memisahkan antara suami isteri, menimbulkan kebencian antara sesama
manusia dan juga boleh membuatkan manusia saling mencintai antara satu sama
lain. Dengan kata lain, sihir adalah tipu daya syaitan dan iblis dengan melalui
tukag sihir iaitu dukun, paranormal dan sebagainya.
Al-Qurtubi
pula memberikan makna sihir sebagai sesuatu yang mengelabui pandangan dengan
cara menipu, seserti seseorang yang melihat fatamorgana dari kejauha dan ia
mengiranya seolah-olah itu adalah air. Al-Baidhawi pula mendefinisikan sihir
sebagai hal-hal yang bertujuan untuk mendapatkan keperluan dengan melakukan
penyembahan kepada syaitan, di mana manusia tidak mampu melakukannya. Manakala
Abu Bakar ibnu Al-Arabi seorang pakar tafsir bermazhab Maliki berpendapat
bahawa sihir adalah ucapan-ucapan yang mengandung pengagungan selain Allah yang
dipercayai oleh pengamalnya mampu menghasilkan dengan kemampuannya.
Sehubungan dengan itu, sihir dari
segi istilah dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama adalah buhul-buhul dan
mentera-mentera yakni bacaan-bacaan dan mentera-mentera yang dijadikan perantara
oleh tukan sihir untuk meminta bantuan daripada syaitan dan iblis dengan
rancangan memberikan kemudaratan, kesakitan, kesengsaraan, kelumpuhan dan
kerosakan kepada orang yang disihir. Dengan kata lain, tukang sihir sebenarnya
mengabadikan diri dengan mengamalkan mentera-mentera dan bacaan tersebut
sebagai balasan kepada usaha dan perbuatan iblis melakukan perkara-perkara luar
biasa, ghaib dan mistik. Namun Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 162
yang bermaksud;
“Dan mereka itu
(ahli sihir) tidak akan mampu memberikan kemudaratan dengan sihirnya kepada
sesiapapun kecuali dengan izin Allah”.
Keduanya, sihir adalah ubat-ubatan
atau jamu-jamuan yang boleh mempengaruhi orang yang disihir, sama ada secara
fizikal, mental sehingga orang yang disihir beruhah secara total daripada
kebiasannya, sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 116
yang bermaksud;
“mereka menyulap
mata-mata orang.”
Berdasarkan kepada pendapat Ibnu
Khaldun dalam kitab Muqaddimah menjelaskan bahawa “ilmu sihir dan tilik adalah
satu ilmu tentang penjiwaan manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada
dengan bantuan atau tanpa bantuan daripada makhluk ghaib, yang pertamanya
adalah sihir dan keduanya tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi
syariat kerana mengandungi bahaya, dan di antara syarat-syaratnya adalah
menyembah selain daripada Allah, seperti binatang dan sebagainya.”.
No comments:
Post a Comment