Thursday 16 June 2016

Kata Adverba dalam Bahasa Melayu

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi cara masa dan tempat. Perkataan adverba boleh hadir di hadapan dan juga di belakang frasa.  Contohnya ialah, 

 Contoh 1. Kami selalu mengunjungi gerai Pak Halim. 
 Contoh 2. Abang akan bertolak hari esok. 

Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama tetapi hanyalah golongan kata tugas kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat. Buktinya seperti berikut, 

 Contoh 3. Perhubungan langsung 
 Contoh 4. Ketibaan mereka esok 
 Contoh 5. Jawapan demikian 

Pada contoh tersebut terdapat kata adverba yang berfungsi sebagai predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud terdapat bahagiaan daripadanya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh Bahasa lisan. Ayat yang penuh adalah seperti berikut; 

 Contoh 3.a Perhubungan secara langsung
 Contoh 3.b Ketibaan mereka pada hari esok
 Contoh 3.c Jawapannya secara demikian

Kata adverba langsung pada contoh 3.a menerangkan frasa nama secara. Kata adverba esok pula menerangkan frasa sendi nama pada hari sementara kata adverba demikian menerangkan frasa nama secara, yang menunjukkan bahawa kata adverb tidak boleh menjadi inti bagi predikat. 

(i) Bentuk Kata Adverba 
 (a) Kata adverba jati 
 (b) Kata adverba adjektif 
 (c) Kata adverba kata kerja 
 (d) Kata adverba gandaan 

(a) Kata adverba jati 
Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama. 

 i) Semalam 
 ii) Kelmarin 
 iii) Esok 
 iv) Lusa 
 v) Tulat 
 vi) Kelak 
 vii) Sekarang 
 viii) Dahulu 
 ix) Tadi 
 x) Kemudian 
 xi) Barangkali 
 xii) Sering kali 
 xiii) Acap kali 
 xiv) Kerap kali 
 xv) Julung kali 
 xvi) Sentiasa/senantiasa 
 xvii) Kadang-kadang 
 xviii) Kadang kala 
 xix) Saling 
 xx) Sekali gus 
 xxi) Serentak 
 xxii) Jarang kali 
 xxiii) Sempat 
 xxiv) Langsung 
 xxv) Nyaris 
 xxvi) Begitu 
 xxvii) Begini 
 xxviii) Demikian 
 xxix) Pertama kali 
 xxx) Agaknya 
 xxxi) nanti 

 Contoh dalam ayat; 
 Contoh 4. Permainan akan dimulakan lima minit dari sekarang
 Contoh 5. Ibu sering menyiapkan bekalan untuk adik bawa ke sekolah. 
 Contoh 6. Halim sangat dikenali rakannya kerana sering kali membantu                           mereka.

(b) Kata adverba adjektif
Kata adverba adjektif jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. 
Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah. 

 i) Berjalan laju 
 ii) Ketawa besar 
 iii) Mengalir lesu 
 iv) Terbang tinggi 
 v) Hampir jatuh 
 vi) Kurang berhati-hati 
 vii) Bertiup kencang 
 viii) Sakit kuat 
 ix) Besar panjang 
 x) Panjang lebar 
 xi) Tinggi lampai 
 xii) Ke hospital segera 
 xiii) Dari rumah selalu 
 xv) Sering di pejabat 

 Contoh dalam ayat; 
 Contoh 7. Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu
 Contoh 8. Ali tidak dapat datang ke sekolah kerana sakit kuat
 Contoh 9. Ayah memarahi Aminah kerana tidak pandai menutup aurat 
                walaupun sudah besar panjang

(c) Kata adverba kata kerja 
Kata adverba jenis ini pada asalnya merupakan kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah; 

 i) Berjalan miring 
 ii) Terbang meninggi 
 iii) Hitam berkilat 
 iv) Merah menyala 
 v) Berenang menelentang 
 vi) Tenang membiru 
 vii) Putih berseri 
 viii) Tinggi mengawan 
 ix) Di rumah bersendirian 
 x) Ke hutan menyendiri 

 Contoh dalam ayat; 
 Contoh 10. Ketam ialah binatang yang berjalan mengiring 
 Contoh 11. Kereta baru ayah kelihatan putih berseri
 Contoh 12. Layang-layang itu sering ke hutan menyendiri. 

(d) Kata adverba gandaan 
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. 

Terdapat tiga bentuk kata adverba berganda seperti berikut: 
 i) Kata adverba penggandaan penuh 
 ii) Kata adverba penggandaan separa 
 iii) Kata adverba penggandaan berentak 

i) Kata adverba penggandaan penuh 
Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang datangnya berasal daripada proses penggandaan seluruh kata dasarnya. 

Contohnya; 
 betul-betul 
 sedikit-sedikit 
 jarang-jarang 
 laju-laju 
 malam-malam 
 pura-pura 
 cepat-cepat 
 sama-sama 
 tinggi-tinggi 
 diam-diam 

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 13. Ayah betul-betul gembira setelah mendengar khabar bahawa                         abang Harun akan pulang ke kampung untuk bercuti hari raya                           tahun ini. 
 Contoh 14. Aku tahu Johan hanya berpura-pura baik di hadapan ibu                                 bapanya.  
 Contoh 15. Simpanan Ali semakin banyak walaupun dia hanya menyimpan                        sedikit-sedikit setiap bulan. 

ii) Kata adverba penggandaan separa 
Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa iaitu;

 • Penggandaan separa berawalan 
 • Penggandaan separa berakhiran 
 • Kata adverba penggandaan separa berawalan 

Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.

Contohnya: berdikit-dikit bermalam-malam sekali-kali setinggi-tinggi teresak-esak terkeseng-keseng terkedek-kedek terkial-kial berderat-deret sepandai-pandai terburu-buru terjengket-jengket tersipu-sipu 

Contoh dalam ayat: 
Contoh 16. Kami sesat bermalam-malam di puncak gunung itu. 
Contoh 17. Sekawan itik berjalan tergedek-gedek menyeberang jalan. 
Contoh 18. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. 

Selain itu, terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga menerima akhiran –nya. 
Contohnya: 

 selama-lamanya 
 seikhlas-ikhlasnya 
 secepat-cepatnya 
 sebodoh-bodohnya 
 setinggi-tingginya 
 semahu-mahunya 
 seluas-luasnya 
 seboleh-bolehnya 

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 19. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan                           kepada tetamu kehormat yang datang memeriakan majlis itu. 
 Contoh 20. Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan Tuhan.  Contoh 21. pahlawan yang terkorban dikejarkan ke hospital terdekat secepat-                   cepatnya. 

 • Kata adverba penggandaan separa berakhiran

Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang asalnya daripada proses penggandaan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.

Contohnya: 
 gila-gilaan 
 habis-habisan 
 besar-besaran 
 kecil-kecilan 
 mati-matian 
 bunuh-bunuhan 

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 22. Mereka menari gila-gilaan menyambut kedatangan tahun baru.  Contoh 23. Pasukan bola sepak Jerman bermain habis-habisan untuk                               merebut gelaran juara. 
 Contoh 24. Para perajurit berjuang bermati-matian mempertahankan kubu                     mereka. 

 iii) Kata adverba penggandaan berentak Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu:  

Contohnya: 
 menangis sedu-sedan 
 berbunyi hingar-bingar 
 berjalan mundar-mandir 
 lari lintang-pukang 
 berjalan huyung-hayang 
 datang serta merta

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 25. kamisah menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan kekasihnya.  Contoh 26. Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari. 
 Contoh 27. Budak nakal itu berlari lintang-pukang apabila dikejar anjing                             garang.




No comments:

Post a Comment