Monday 4 March 2013

Sungai Darah - Lahad Datu

        SABAH sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia dibanjiri sungai darah pada tanggal 1 Mac 2013. Sememangnya mengerikan kejadian pencorobohan warga asing di Sabah atau lebih tepat di Kampung Tanduo. Masyarakat tempatan di seluruh negeri terpaksa berpedih mata menahan tidur kerana terkesan dengan insiden serangan bersenjata tersebut. Pencoroboh yang mendakwa pengikut setia Sultan Sulu bersenjatakan peralatan canggih dengan kelebihan mempunyai pengetahuan luas tentang kelautan. Namun apa yang lebih penting mereka bukan sahaja mengugat keselamatan dan ketenteraman awam malah membunuh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia.
        Memang tidak menghairankan apabila mereka melakukan serangan tanpa balas kasihan tersebut kerana kerakusan dan ketaksuban mereka terhadap kuasa. Selama ini daerah sulu memang tidak pernah tenteram tanpa berbunuh-bunuhan antara mereka. Setiap waktu sentiasa akan ada pertempuran antara suku, setiap detik menarik picu menunjukkan belang siapa berkuasa, siapa lemah, siapa mati dan siapa hidup. Sememangnya orang-orang yang tidak bersyukur tidak akan pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Berserah kepada Allah S.W.T mengadili mereka, baik dan buruk kembali pada tapak tangan mereka.
        Sebuah kerajaan yang pernah gemilang dengan nama Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu rupanya dianyai oleh pewaris Kesultanan Sulu yang berwibawa. Kerana inginkan kuasa dunia sanggup melanggar hukum Allah S.W.T menerjah masuk tanpa adab menggangu gugat ketenteraman masyarakat Malaysia. Mengelarkan bangsa mereka sebagai umat Muhammad namun sedikitpun tidak menuruti Sunnah Nabi Muhammad S. A.W. Melaungkan kalimah suci tetapi tanpa mengerti mereka sedang melakukan dosa besar menghukum orang lain tanpa balas kasihan. Terumpama haiwan tanpa perasaan membaham apa sahaja tidak mengira halal haram.
        Jika benar Sultan Sulu itu perlu diiktiraf, maka dia perlu mengiktiraf Kebesaran Allah S.W.T dan pesuruhnya Muhammad S.A.W terlebih dulu. Dunia kini memandang tepat ke arah ISLAM dan bukannya Sultan sulu kerana sikap yang ditunjukkan oleh penganutnya yang rakus dengan kuasa. Tersenyumlah musuh-musuh Islam melihat gelagat umatnya yang saling membantai antara sesama kerana kuasa yang digelarkan oleh mereka(Konspirasi Zionis) sebagai sempadan antarabangsa.
        Tidak selesai dengan konflik di Asia Tengah, Selatan Thailand, Negara Islam Afrika dan kini Malaysia-Sulu@Moro. Lengkaplah perhentian zon peperangan oleh Zionis dan sekutunya. Ingatlah kita tidak akan kekal di dunia yang sirna ini. Menganyai dan menyakiti sesama Islam satu dosa yang besar dan tunggulah beban dosa yang berat akibat perbuatan sia-sia membunuh dan mengancam antara sesama manusia. Kalau hari ini kejahatan yang dilakukan dirasakan puas maka bersedialah untuk puas dengan azab yang menunggu.
        Luahan kekecewaan  oleh seluruh masyarakat dunia dikumpulkan sebagai sebuah dosa yang akan ditanggung olehmu manusia yang bergelar Sultan Sulu. Seorang sultan yang sepatutnya mempertahankan, melindungi rakyatnya terutamanya umat Islam bersikap seperti Zionis tanpa sedar akan besarnya kuasa Allah. Angkuh lidah sekeras besi, Kejam tanpa perikemanusiaan melebihi kaum Yahudi. Allah Maha Besar, Lindungi Hamba-Mu yang sedang dianyai dan disakiti. Kami memohon agar diberikan keselamatan kepada parajurit dan pejuang bangsa kami. Sabah hanya untuk Manusia yang adil dan penuh dengan kasih sayang.

SUBAHANALLAH.





       

Kaligrafi Khat Rekaan Yahudi

        Semua orang Islam khususnya di Malaysia memang menyukai dan mencintai kaligrafi terutamanya tulisan khat. Khat Islam memuatkan ayat-ayat tertentu daripada al-Quran (walaupuan sebenarnya kita sendiri tidak tahu maknanya). Tulisan Khat yang diambil daripada al-Quran terdiri daripada kalimah Allah, Muhammad, Basmalah manakala terdapat juga ayat atau surah yang sering diambil iaitu ayat Kursi, al-Fatihah, surah Kul dan banyak lagi. Budaya mengantung ayat-ayat dan kalimah daripada al-Quran sememang baik lagi murni malah merupakan petunjuk betapa kita mencintai al-Quran 
sebagai pedoman hidup.

        Namun kini segalanya tidak memungkinkan bahawa kaligrafi khat yang akan kita temui di pasaran benar-benar diambil daripada ayat al-Quran atau daripada sumber-sumber yang tidak sepatutnya. Suka saya katakan bahawa kini musuh Islam (isreil Laknatullah alai'k) dan sekutunya di rantau Asia juga telah mereka kaligrafi yang mirip dengan kaligrafi khat Islam yang kita kenali selama ini. Kaligrafi rekaan Yahudi ini tidak kurang cantiknya dan dijual bebas di pasaran kini. Seperti yang kita sedia maklum tujuan Yahudi hanyalah satu iaitu ingin memesongkan akidah umat Islam.
 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” 
                                                                                                                                    [Al-Baqarah 120]

        Kaligrafi khat rekaan Yahudi tersebut berbentuk bulat dan berukuran setengah meter persegi ini bertulis perkataan ''abana'' yang bererti "bapa kami". Dalam teologi Kristen, ayat ini bererti Tuhan bapa dan apabila dibaca dengan teliti, maka bacaan yang lengkap adalah abana "alladzi fis-samawati...". Sungguh mengelirukan kaligrafi rekaan Yahudi ini. sekilas pandang kita mungkin akan mengatakan bahawa ayat tersebut merupakan ayat daripada al-Quran yang menjadi tunjang kepada akidah dan keimanan kepada Allah. Apaila diteliti dan dikaji secara rinci, ayat tersebut sebenarnya berasal daripada Bible iaitu daripada bab Injil Matius; fasal 6, ayat 9-13.

        Kaligrafi khat rekaan Yahudi tersebut sudahpun bebas dipasarkan dan diedarkan di negara jiran, Indonesia. Dengan alasan itu, tidak mustahil kaligrafi khat tersebut akan memasuki pasaran Malaysia dalam jangka masa terdekat ini. Bersama-samalah kita menyebarkan isu ini agar tiada yang termakan umpan Yahudi dan sekutunya membeli dan memiliki kaligrafi khat daripada ayat Bible(al-Kitab).
      Tidak usai dengan itu, terdapat juga kaligrafi khat yang lainnya yang juga berasal daripada sumber yang diragui diedarkan secara bebas.

Kaligrafi khat palsu daripada bible

         "Cintailah musuh-musuh kamu dan berkatilah orang orang yeng mencela kamu, berbuat baiklah kepada orang yang memusuhi engkau, dan sambunglah silaturahim kepada orang-orang yang berbuat jahat kepada engkau dan orang-orang yang mengusir engkau agar menjadi anak-anak bapa kamu di surga."
                                                                                                                         (injil matius. 5:44-45) 

CONTOH II  Sekilas pandang tiada bezanya dengan khat Islam.



        

Gambar potret Nabi MUHAMMAD oleh Musuh-musuh ISLAM

        Maha Suci Allah yang mensucikan pesuruh-Nya, Muhammad S.A.W. Di Timur Tengah telah dicetak dan diedarkan lukisan seorang pemuda Arab yang didakwa oleh mereka(musuh-musuh Islam) sebagai nabi Muhammad. Lukisan seorang remaja Arab sedang tertawa dengan mulut setengah terbuka dengan memakai serban dan bunga melati di telinga sebelah kanan.

Potret Palsu
        "DARI MANA ASAL USUL LUKISAN YANG DI DAKWA POTRET NABI MUHAMMAD S.A.W ITU?
        Bertahun-tahun gembar tersebut sudah dipasarkan di Iran dan sekitarnya dan dikatakan gambar tersebut merupakan gambar nabi Muhammad S.A.W sewaktu muda. Pada mula penyebarannya, masyarakat Iran menunjukkan rasa suka terhadap gambar tersebut kerana yakin bahawa lukisan terssebut adalah potret Baginda. Lukisan tersebut mendapat permintaan yang tinggi oleh para peniaga kerana sangat laris di pasaran. Mereka telah termakan dengan dakyah musuh-musuh Islam yang mengatakan bahawa gambar tersebut dilukis oleh pendeta Buhaira yang sempat mengiringi Baginda bersama pak ciknya ke negeri Syam.
        Kisah pendeta Kristian Katolik atau Ortodoks bernama Buhaira yang menggambarkannya itu sebenarnya bertolak dari kisah iaitu pada abad ke-9 atau 10. Buhaira berusaha mencari nabi Muhammad S.A.W berdasarkan kepada tanda-tanda yang dimiliki oleh Nabi di antara pundaknya. Nabi akan datang semestinya berkata: "Ketika saya mendongak ke langit dan bintang-bintang, saya berasa di atas bintang-bintang".Dengan sebab itu dalam lukisan tersebut berlatar belakangkan bintang-bintang.
        Syaiah Iran sememangnya mempunyai pengalaman yang cukup panjang dalam mengambarkan keluarga  nabi dan Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Pada akhir 90-an  lukisan tersebut dicetak di Iran dan menjadi salah satu poster yang paling laris dan bernilai tinggi.
        Cetakan poster tersebut berterusan sehingga kini dicetak dengan menggunakan teknologi moden. Struktur gambar asal masih menggunakan gaya tradisionalnya iaitu gambar seorang pemuda tampan, mata teduh dan wajah yang menenangkan hati.
        Tahun demi tahun gambar tersebut masih dipercayai sebagai potret Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah pada tahun 2004, apabila hasil kerja seni dua orang pelukis terkenal iaitu Lehnert dan Landrock secara tidak sengaja akhirnya tersingkap juga sumber poster Syiah Iran tersebut. Menariknya lukisan tersebut tidak dikatakan sebagai gambar nabi sebaliknya dinamakan potert seorang pemuda Arab.
Potret Asal
        Radolf Franz Lehnert( 1878-1948) merupakan warga Chekoslovakia (http://en.wikipedia.org/wiki/Rudolf_Franz_Lehnert). Manakala Ernst Heinrich Landrock (1878-1966) (http://en.wikipedia.org/wiki/Ernst_Heinrich_Landrock) merupakan warga Jerman dan kedua-duanya pernah menetap dan tinggal di Tunisia. Lehnertlah yang bertanggung jawab menghasilkan lukisan tersebut dan telah disalah guna untuk memesongkan akidah umat Islam, sedangkan dalam Islam melukis dan menggambarkan wajah Nabi-nabi adalah dilarang.
        Sebelum perang dunia pertama, lukisan tersebut telah dimuatkan dalam majalah National Geographic pada bulan Januari tahun 1914 dalam sebuah artikel yang bertajuk "Inja va Anja Dar Shumal Afriqa" yang bermaksud Di sana dan di sini di Utara Afrika, di bawahnya tertulis Arabi ba Yek Gol yang bermaksud "Seorang Arab dengan sekuntum bunga".
        Musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri dan sentiasa akan berusaha memesongkan akidah umat Islam. Sebagaimana perbincangan tadi, mereka (musuh-musuh Islam) cuba memberi justifikasi bahawa tidak berdosa seorang Islam jika melihat wajah nabi atau melukiskannya. Moga Allah memberikan perlindungan buat Umat-Nya. Maha Suci Allah