Teori Pohon dan Teori Gelombang
Teori linguistik merupakan sekumpulan hipotisis yang digunakan untuk menerangkan data bahasa sama ada yang bersifat lahiriah seperti bunyi bahasa dan juga yang bersifat batiniah separti makna (Harimurti 1983:166). Teori linguistik merupakan cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dalam penyelidikan bahasa sama ada dalam bidang semantik, dielektologi, psikolinguistik, dan sebagainya. Teori pohon dan teori gelombang digunakan dalam bidang linguistik bandingan terutamanya dalam linguistik sejahrawi.
Teori pohon (Family tree theory) atau Stammbaumtheorie atau Pedigree Theory dikemukakan oleh A. Schleincher, yang diilhamkannya melelui teori kejadian oleh Charles Darwin yang beliau kembangkan dalam usahanya mengelempokkan bahasa-bahasa yang beliau kaji. Berdasarkan kepada teori pohon, suatu bahasa bercabang menjadi dua bahasa yang berlainan namun masih mempertahankan dialek yang diwarisi melalui induk bahasanya. Dengan kata lain, teori ini melihat pmecahan bahasa-bahasa dari induknya seumpama percabangan dahan pada pokok. percabangan tersebut berlaku secara mandadak dan berterusan, setiap peringkat cabang terbahagi kepada dua cabang yang kemudiannya masing-masing akan melahirkan dua cabang lainnya. Semakin jauh peringkat cabang yang berlaku, maka semakin kurang pertembungan bahasa yang berlaku yang kemudiannya menghasilkan suatu bahasa yang lain.
Kaedah pengelompokkan yang diperkenalkan itu, Teori gelombang kemudiannya lahir melalui J.Schmidt yang menyempurnakannya sebagai usaha untuk memperbaiki kelemahan dalam teori pohon. Melalui Teori gelombang atau Wellentheorie mengungkapkan bahawa bahasa pada suatu kawasan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh perubahan atau perkembangan bahasa-bahasa di sekitarnya. walaupun bahasa berkembang dan terpisah secara beransur-ansur namun masih terdapat proses timbal balik dan pertembungan yang berlaku antara bahasa induk dan bahasa-bahasa sekitarnya. Pengaruh antara bahasa boleh dilihat malalui jarak hubungan antara bahasa, semakin dekat jarak antara bahasa, maka semakin banyaklah pengaruh dan persamaan yang ada. Sebaliknya, semakin jauh jarah antara bahasa, maka semakin berkurangan dan tipis persamaan atau pengaruh antara bahasa tersebut, pergerakan ini dapat difahami melalui pergerakan gelombang pada air.
Teori gelombang sejajar dengan kajian tentang pemecahan bahasa-bahasa sekeluarga dan serumpun. Punca suatu gelombang dapat disamakan dengan induk suatu bahasa, dan gelombang yang berlaku di sekitarnya sebagai dialek-dialek. pekembangan dialek kemudiannya melahirkan bahasa yang baharu. Lingkaran ombak yang terdapat di sekeliling sekitaran itu merupakan bahasa-bahasa yang baru berkembang dari dialek-dialek, sedangkan lingkaran-lingkaran seterusnya merupakan bahasa yang sudah lama berpisah. .
Teori pohon dan teori gelombang mambantu penyelidik melihat dan memahami perkembangan sesuatu bahasa yang bermula dengan perkembangan dialek. Dialek yang berpisah antara satu sama lain dibuktikan masih mempunyai pertembungan dan persamaan sama ada dari segi makna ataupun sebutan. Selain itu, kedua-dua teori tersebut membantu para panyelidik untuk mengklasifikasikan sesuatu bahasa sebagai suatu rumpun atau keluarga bahasa atau juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment