Wednesday 7 January 2015

Pengantar Sejarah Islam (Nota Ringkas)

penubuhan kerajaan bani Umayyah
-ditubuhkan oleh muawiyyah bin abu sufyan melalui persetujuan saidina
-memindahkan pusat pentadbiran ke damsyik
-melantik pegawai kerajaan dlm kalangan bani umayyah
-melantik yazid sebagai pengganti

peristiwa karbala
-S. Husin dan keluarganya berpindah ke Mekkah
-terima surat dari penyokong di kufah dan menjemput beliau utk mjadi khalifah
-beliau, keluarganya dan 80 org penyokongnya berpindah ke kufah
-yazid memecat gabenor kufah dan dicantumkan dengan basrah di bawah gabenor ubaidillah bin zaid
-setiba husin di karbala, pertempuran berlaku dengan tentera ubaidillah dan kalah. kepala husin dihantar kpd yazid di damsyik

faktor kejatuhan kerajaan bani Umayyah
1. kelemahan khalifah umayyah
2. pemberontakan (syiah-sulaiman di kufah, khawarij-Qatari di hajjaj, abbasiyah)
    pemberontak, mukhtar abu abid dan umar bin said
3. sistem pemilihan khalifah yang tidak demokrasi(musawarrah)
4. polisi perlantikan dua orang putra khalifah
5. perbezaan antara orang Arab dengan bukan Arab
6. semangat assabiah dalam kalangan penduduk negara

senarai khalifah
1. Muawiyah I ibni Abu Sufyan, 661-680
2. Yazid I ibni Muawiyah, 680-683
3. Muawiyah II ibni Yazid, 683-684
4. Marwan I ibni Hakam, 684-685
5. Abd al-Malik ibni Marwan, 685-705
6. al-Walid I ibni Abd al-Malik, 705-715
7. Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715-717
8. Umar ibni Abd al-Aziz, 717-720
9. Yazid II ibni Abd al-Malik, 720-724
10. Hisham ibni Abd al-Malik, 724-743
11. al-Walid II ibni Yazid II, 743-744
12. Yazid III ibni al-Walid, 744
13. Ibrahim ibni al-Walid, 744
14. Marwan II ibni Muhammad, 744-750

penubuhan kerajaan bani Abbasiyah
-diketuai oleh Ali bin Abdullah di Humaimah
-abdullah abu al-Abbas sebagai khalifah pertama di kufah 132 H.

perbezaan antara kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah
1. penggunaan alat keagamaan dalam kerajaan (jubah milik Rasullah)
2. kekejaman (membunuh keluarga umayyah dan alawiyyah)
3. menghapuskan perbezaan keturunan
4. sistem pentadbiran (perdana menteri)
5. rakyat berbilang bangsa dan keturunan (farsi dan turki)

kegemilangan khalifah abbasiyah
1. Khalifah al-Mahdi
    -kelambu kaabah ditukar setiap tahun.
    -perkhidmatan pos antara mekah, madinah dan yaman.
    -meluaskan bangunan masjid nabawi
    -menjadikan kota baghdad sebagai kota perdagangan
2. Khalifah Harun al-Rasyid
    -mencintai ilmu (ahli fiqh yang bijaksana)
    -mendirikan sekolah tinggi
    -pelajaran percuma
    -terjemahan buku dlm bahasa Yunani, Hindi dan Farsi
    -ilmu perubatan (ibnu sina), astronomi (khawarizmi), fizik (al-Razi dan Jabir      ibnu hayyan), kimia, falsafah, sastera dan kesenian (ibnu muqlah)

faktor kemajuan bangsa turki dan bangsa asing
1. layanan istimewa kepada golongan terpelajar
2. kebebasan berfikir dan bersuara
3. terpengaruh dengan kemajuan negara asing
4. penubuhan sekolah dan pusat pengajian tinggi
5. terdapat perpustakaan yang sangat banyak (al-hikmah, kahirah)

zaman kejatuhan kerajaan Abbassiyah
1. tindakan kekejaman (pembunuhan keluarga umayyah)
2. penyelewengan dari ajaran islam
3. campur tangan kuasa asing
4. penubuhan kerajaan kecil di wilayah islam yang jauh
5. pertelingkahan mazhab sunni dan syiah (kerajaan bani buwaih, saljuk dan monggol)