Friday 6 December 2013

Kebangkitan Umat Islam Syria

Subahanallah...Umat muslim di Syria telah menderita lebih  43 tahun hidup dalam konflik berpanjangan di bawah ancaman rejimnya yang bengis dan kufur, iaitu rejim ' dinasti ' Assad yang merupakan penganut mazhab sesat Syiah Nushairiyyah (Alawiyyah). Sejak tahun 1970 yakni apabila Hafidz Assad berkuasa hingga saat kini di mana tampuk kekuasaan Syria berada di tangan anaknya, iaitu Bashar Assad, umat muslim di Syiria telah mengalami pelbagai jenis penindasan, serangan demi serangan telah mengorbankan nyawa penduduk islam yang tak terhitung banyaknya. Kebiadaban rejim Assad yang sesat menyebabkan umat muslim Syria tidak dapat menjalankan kehidupan sebagai orang Islam dengan aman , bahkan para perempuan, anak-anak dan orang lanjut usia pun turut ditindas dan diseksa secara keji oleh Bashar dan pengikutnya. Ibarat Firaun masa kini, Bashar selalu mengancam rakyatnya agar menuruti kehendaknya dan menganggap dirinya sebagai Tuhan yang patut disembah serta ditaati segala perintahnya. Umat Islam Syria yang sekian lama mengalami penderitaan sedemikian itu kini tidak mampu berdiam diri lagi, berbekalkan kekuatan iman dan taqwa , mereka mampu bertahan dan terus berupaya agar dapat menegakkan kekuatan Islam di bumi Syria yang diberkati Allah swt. Hingga saat ini, para mujahidin tidak pernah berputus asa untuk berjihad dan menyeru revolusi untuk Islam di seluruh dunia.

Sesungguhnya apabila kita mahu melihat dan menganalisis fakta-fakta berkaitan konflik yang berlaku di Syria saat ini secara lebih mendalam, kita akan dapat mencari realiti bahwasannya konflik di Syria merupakan titik permulaan revolusi Islam yang hakiki. Kerana, perjuangan yang dilakukan oleh umat muslim Syria terdiri daripada para mujahidin yang mukhlisin, bukan sekadar perjuangan biasa yang bertujuan untuk menggulingkan rejim Assad semata-mata, melainkan dengan dorongan kuat  keimanan  dan ketaqwaan mereka terhadap janji Allah swt untuk dapat menegakkan aturan Islam secara total dan menyeluruh di bumi Syria. Bahkan, pelbagai usaha dan campur tangan tentera bertopeng menggunakan senjata pemusnah kimia yang dicanangkan oleh negara-negara asing seperti Amerika, Russia, China, Iran dan Eropah seakan tidak mampu membendung semangat mujahidin serta rakyat Syria lain untuk tetap memperjuangkan kebangkitan Islam. Para pemimpin negara kuasa besar mahupun pihak PBB kini kebingungan dengan keteguhan dan kebangkitan para pejuang Islam yang tidak takut mati dan tidak mahu berkompromi dengan mereka yang mengajak untuk mehidupkan semula sistem demokrasi di bawah kerajaan boneka tajaan yahudi.

Lantas, apakah kita sebagai sesama umat muslim prihatin terhadap mereka dan bagaimana bentuk sokongan kita terhadap perjuangan suci para mujahidin dalam mengawal lahirnya revolusi hakiki Islam? Sudah semestinya kita sebagai umat muslim menyokong dan turut memperjuangkan kebangkitan kembali Islam di muka bumi ini seperti halnya saudara-saudara kita yang hidup di Syria. Sebab, merupakan sebuah kewajiban bagi umat muslim untuk meyakini kebenaran janji Allah swt. bahawasanya di akhir zaman, Islam akan dimenangkan oleh Allah SWT dan kembali berkuasa  di muka bumi. Sebagaimana firman - Nya," Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan - ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang - orang yang Kafir tidak menyukai." (TMQ. at - Taubah [ 09 ] : 32). Meski terbentang jarak yang jauh, kita tetap boleh berjuang untuk saudara-saudari kita di Syria dengan cara memberi pemahaman kepada sesama umat muslim berkaitan keterdesakan kebangkitan Islam kembali secara sempurna dalam sebuah  negara yang hingga  kini belum dapat direalisasikan. Kerana keimanan kita sebagai umat muslim adalah melaksanakan seluruh syariat Islam yang berpunca daripada al-Qur'an dan as-Sunnah dalam segala aspek kehidupan di dunia. Hal tersebut tidak akan menjadi kenyataan di dalam sistem demokrasi yang saat ini digunakan oleh hampir seluruh negera-negara islam, kerana hakikatnya demokrasi merupakan sistem yang berlandaskan kepada prinsip sekularisme iaitu pemisahan agama dari kehidupan.

No comments:

Post a Comment