Stilistik
Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. stilistik memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya yakni gaya sastera dan gaya bukan sastera. dengan lain perkataan, ilmu stilistik adalah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa.
Fokus stilistik
fokus utama ilmu stilistik adalah menjawab kepada apa gaya bahasa yang digunakan? gaya bahasa merujuk terus kepada gaya unik seseorang penulis dalam menyampaikan idea kepada pembaca mengikut pandangannya. selain itu, tupuan stilistik melingkupi kenapa gaya bahasa sedemikian digunakan (tujuan) penulis menggunakan gaya bahasa tersebut yang terbahagi kepada dua unsur iaitu gaya menurut sistem bahasa dan gaya menurut seni bahasa.
Ciri-ciri stilistik bahasa
ciri utama stilistik bahasa adalah indah dan menarik. ciri tersebut merupakan gambaran kepada keunikan penulis dalam mencetuskan sesuatu karya sastera menurut gaya dan stailnya yang tersendiri. selain itu, stilistik bahasa juga bersifat menyenangkan dan memiliki nilai estatika.
Stilistik dari sudut sastera
stilistik mengkaji secara keseluruhan karya dengan menerapkan kajian ilmu linguistik dalam penggunaan bahasa. karya sastera berbeza antara satu sama lain kerana penggunaan gaya bahasa digunakan untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren 1966 menyatakan bahawa stilistik bertujuan untuk meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan barusaha menemukan nilai estatik.
Prinsip Stilistik
1 - mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugrah dan bakat seseorang penulis. karya sastera adalah huraian tentang kebolehan mengarang bagi seseorang penulis.
2 - menerangkan aspek tema yakni pendekatan struktural. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.
3 - memperlihatkan gaya keperibadian seseorang pengarang. Murry J.M (1967), mengatakan bahawa kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diks serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. perbezaan stail dalam kalangan penulis disebabkan oleh beberapa aspek iaitu, pendidikan, keperibadian, pengalaman dan sikap penulis.
4 - menghuraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. pendekatan kajian morfologi dan sintaksis mampu menghuraikan pelbagai genre dan jenis perkataan dan ayat yang digunakan. oleh kerana itu, seseorang pengkaji perlu mengusai aspek sosiologi dan dialektologi.
5 - membantu pembaca memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. misalnya penggunaan kata dan diksi dari bahasa daerah dan tempatan dapat memperkaya perbendeharaan kata di samping merupakan satu gaya dan stail pengarang.
6 - menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya kerana semasa berkarya seseorang didorong oleh pelbagai keadaan dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya. hasilnya pengkaji dapat menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang untuk berkreatif.
7 - digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak ramai terhadap sesebuah karya. oleh itu, stilistik dapat menjelaskan kesan penggunaan bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan, kesedihan, kemarahan, semangat terhadap penggunaan penanda dan petanda bahasa yang yang digunakan untuk mengungkapakan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.
Hubungan bahasa dan sastera
disiplin ilmu linguistik yang digunakan ialah Fonologi,Morfologi, Sintaksis dan Semantik yang diguna pakai dalam menganalisis kesusteraan tradisional dan moden, prosa dan puisi serta aliran dan pemikiran.
Kedudukan bahasa dalam sastera
bahasa merupakan suatu seni yang bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. susastera bermaksud seni bahasa yang indah.
Penulis dan bahasa
penulis merupakan pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk dalam masyarakat. selain itu, penulis merupakan pentafsir kepada sesuatu isu yang berlaku di sekeliling masyarakatnya.
Bahasa dalam teks sastera
penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka dengan menerapkan unsur emotif, suspen, ketegangan dan peleraian. penerapan unsur sedemikian ditandai dengan pemilihan kata dan diksi.
Ayat Tunggal
sering digunakan dalam karya sastera kerana pengucapannya cepat, aliran pemikirannya selari dan sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas dan interaksi bersemuka.
Hubungan bahasa dan kajian sastera
1. pendekatan stilistik
2. pendekatan analisis wacana
3. teori semiotik
Bahasa dan batas Makna
bahasa digunakan untuk
1. menyatakan maksud
2. menjelaskan sesuatu
3. mewujudkan kemesraan
4. mendapatkan kepastian dan membuat keputusan.
Penentuan makna
idea yang disampaikan berdasarkan kefahaman dan stail penulis tidak lari daripada kelainan penerimaan daripada khalayak pembaca kerana sesuatu perkara sering kali cendrung dilihat berdasarkan kepada budaya setempat. selain itu, faktor perbezaan kerana perbezaan lambang bahasa yang dimiliki oleh anggota masyarakat setempat. oleh itu, makna sesuatu ayat dan diksi seharusnya dilihat melalui isyarat bahasa.
Faktor pemahaman
setiap pembaca mempunyai tahap pemahaman yang berbeza disebabkan oleh beberpa perkara iaitu intonasi, aliran pemikiran, pemilihan diksi, presepsi dan tanggapan serta hubungan pembaca dangan penulis.
wandy !! haha
ReplyDelete