1.
Konsep dan hukum
perkahwinan
Perkahwinan menurut al-Quran
bermaksud menghalalkan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dan
menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dengan
kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan syarat perkataan
yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan yang semaksud dengannya. Perkahwinan
merupakan tuntutan Al-Quran dan banyak ayat al-Quran yang menyebut berkaitan
dengan pensyariatan perkahwinan antaranya boleh kita lihat pada surah an-Nisa
ayat ketiga yang bermaksud;
"Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil (bila bernikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki, yang demikian itulah lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya."
"Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil (bila bernikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki, yang demikian itulah lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya."
Sementara itu perkahwinan merupakan sunnah nabi yang sangat dituntut oleh baginda kepada umatnya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud;
“Barang siapa menikah, maka ia telah
melengkapi separuh dari agamanya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam
memerlihara yang separuhnya lagi.”
(Riwayat
Thabrani dan Hakim)
Hadis tersebut dikuatkan pula dengan
hukum perkahwinan dalam Islam yang terdiri daripada beberapa bahagian melalui
beberapa keadaan dan pertimbangan. Hukum perkahwinan terdiri daripada wajib,
haram, sunat dan makruh berdasarkan kepada situasi yang dilalui oleh seseorang
sama ada lelaki mahupun perempuan. Seseorang akan jatuh kepada wajib berkahwin
sekiranya seseorang itu yakin sekiranya tidak berkahwin dirinya akan cenderung
ke arah perlakuan zina dan kemaksiatan. Maka dalam situasi ini, seseorang itu
diwajibkan untuk melangsungkan perkahwinan dengan segera kerana salah satu
hikmah melangsungkan perkahwinan adalah untuk menjaga diri daripada perbuatan zina
dan maksiat. Di samping situasi yang sedemikian, seseorang itu juga perlu
mempunyai kemampuan zahir yakni untuk menyediakan keperluan isteri seperti
tempat tinggal, pakaian dan makanan.
Sehubungan dengan itu, perkahwinan akan
menjadi haram atau berdosa kepada seseorang sekiranya seseorang itu yakin akan
melakukan kekerasan, kezaliman, ketidakadilan serta tidak berkemampuan untuk
menangung isteri setelah melangsungkan perkahwinan. Tambahan lagi sekiranya
suami yakin akan mengabaikan keperluan dan kebajikan isteri seperti tidak dapat
menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan serta keperluan asas yang
sempurna untuk isterinya.
Perkahwinan juga boleh menjadi sunat
apabila seseorang itu dalam keadaan normal yakni tiada kebimbangan sekiranya
beliau tidak melangsungkan perkahwinan seperti beliau yakin tidak akat terjebak
dengan amalan zina dan kemaksiatan tetapi pada masa yang sama tidak juga
ragu-ragu sekiranya mengadakan perkahwinan kerana mampu menyediakan keperluan
asas dan mampu menjaga kebajikan isteri dengan baik. Maka dengan situasi
sedemikian, seseorang itu boleh memilih antara mahu melangsungkan perkahwinan
atau tidak.
Makruh seseorang melangsungkan
perkahwinan seandainya mempunyai kebimbangan dan keraguan untuk melakukan
kezaliman dan kekerasan kepada isteri dan bimbang tidak mampu menyediakan
keperluan asas kepada isteri. Namun kebimbangan tersebut tidaklah cenderung
kepada yakin atau pasti cuma sedikit keraguan sahaja. Selain itu seseorang yang
mempunyai penyakit yang serius, panyakit yang berjangkit seperti HIV menjadikan
seseorang itu makruh untuk melangsungkan perkahwinan.
Persediaan
sebelum perkahwinan
Perkahwinan
merupakan ibadah yang memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pasangan
suami dan isteri. Namun harus dilihat beberapa aspek utama dalam melangsungkan
perkahwinan yakni menyediakan keperluan asas yang sempurna kepada bakal isteri.
Maka kedua-dua pasangan perlu membuat persediaan sama ada untuk jangka masa
pendek atau jangka masa panjang. Perkara utama yang perlu disediakan oleh pihak
lelaki apabila ingin memperisteri seseorang adalah maskahwin. Maskahwin adalah benda yang berharga dan
bernilai yang diberikan kepada bakal isteri sebagai penghargaan kepada isteri.
Sebagaimana dalam hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang bermaksud;
“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk
cincin besi.”
Memberikan
maskahwin merupakan perkara yang diwajibkan oleh Islam sebagaimana firman Allah
S.W.T dalam surah An-Nisa yang bermaksud;
“Dan berikanlah kepada
perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian
jika mereka dengan senang hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwin maka makanlah (gunakanlah)
pemberian itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.”
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan,
lazim bagi pasangan yang ingin berkahwin sama ada sudah mengikat tali
pertunangan atau tidak untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan. Kursus ini
merupakan satu inisiatif secara progresif oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) untuk memberikan gambaran secara umum berkenaan alam
perkahwinan. Sedikit sebanyak program ini akan memberikan keyakinan kepada
pasangan untuk menguruskan rumah tangga yang akan dibina kelak. Selain itu, kursus
ini akan digunakan sebagai panduan dalam menelusuri alam perkahwinan.
Sehubungan dengan itu, seseorang yang
berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya perlulah
melakukan peminangan sama ada secara wakil atau diri sendiri. Meskipun proses
peminangan tidak diwajibkan dan bukanlah terdiri daripada salah satu akad pernikahan, namun perkara tersebut perlu dititikberatkan agar hubungan harmoni
antara kedua-dua pihak dapat dijaga. Dalam menyatakan peminangan terhadap
perempuan yang boleh dikahwini, pihak lelaki boleh memilih sama ada dengan
terang-terangan, sindiran mahupun secara berkias. Sewaktu berlangsung proses
pertunangan dan selepas selesai peminangan, harus bagi lelaki dan perempuan
membawa atau memberi hadiah atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda
ikatan perjanjian. Namun yang lebih penting lagi, lelaki dan perempuan ditegah
melakukan pergaulan bebas bersama tunangnya, kerana belum dikira sebagai suami
isteri.
Seperkara yang tidak boleh diabaikan semasa
fasa persediaan untuk melangsungkan perkahwinan adalah memilih calon isteri
mahupun suami. Memilih calon yang baik adalah digalakkan dan melihat calon
pasangan menjadi sunat kepada sesiapa yang berhasrat dan memilihnya dengan
tujuan untuk berkahwin. Perkara tersebut akan memuaskan hati antara keduanya
dan akan lebih menjamin kebahagiaan rumah tangga yang akan dibina. Berdasarkan
kepada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud;
“seseorang wanita itu dikahwini kerana
empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.
Utamakanlah yang mempunyai agama nescaya kamu akan selamat”,
Berdasarkan kepada hadis di atas, Islam
menggalakan agar memilih calon yang beragama, yakni mereka yang taat dan patuh
kepada Allah S.W.T. Hal ini demikian kerana rumah tangga akan lebih diberkati
dan dirahmati oleh Allah. Namun demikian Islam tidak menafikan pemilihan calon
berdasarkan kepada ciri-ciri yang lain seperti berharta dan memiliki rupa paras
kerana sebuah keluarga yang bahagia juga ditentukan oleh faktor harta benda, keselesaan
di samping memiliki rupa paras yang menyenangkan. seterusnya, keturunan yang
baik akan menjaga nama baik keluarga dan zuriat serta mengelakkan keluarga
mendapat cemuan atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
-----bersambung-----
-----bersambung-----
No comments:
Post a Comment