Monday, 4 March 2013

Sungai Darah - Lahad Datu

        SABAH sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia dibanjiri sungai darah pada tanggal 1 Mac 2013. Sememangnya mengerikan kejadian pencorobohan warga asing di Sabah atau lebih tepat di Kampung Tanduo. Masyarakat tempatan di seluruh negeri terpaksa berpedih mata menahan tidur kerana terkesan dengan insiden serangan bersenjata tersebut. Pencoroboh yang mendakwa pengikut setia Sultan Sulu bersenjatakan peralatan canggih dengan kelebihan mempunyai pengetahuan luas tentang kelautan. Namun apa yang lebih penting mereka bukan sahaja mengugat keselamatan dan ketenteraman awam malah membunuh pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia.
        Memang tidak menghairankan apabila mereka melakukan serangan tanpa balas kasihan tersebut kerana kerakusan dan ketaksuban mereka terhadap kuasa. Selama ini daerah sulu memang tidak pernah tenteram tanpa berbunuh-bunuhan antara mereka. Setiap waktu sentiasa akan ada pertempuran antara suku, setiap detik menarik picu menunjukkan belang siapa berkuasa, siapa lemah, siapa mati dan siapa hidup. Sememangnya orang-orang yang tidak bersyukur tidak akan pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Berserah kepada Allah S.W.T mengadili mereka, baik dan buruk kembali pada tapak tangan mereka.
        Sebuah kerajaan yang pernah gemilang dengan nama Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu rupanya dianyai oleh pewaris Kesultanan Sulu yang berwibawa. Kerana inginkan kuasa dunia sanggup melanggar hukum Allah S.W.T menerjah masuk tanpa adab menggangu gugat ketenteraman masyarakat Malaysia. Mengelarkan bangsa mereka sebagai umat Muhammad namun sedikitpun tidak menuruti Sunnah Nabi Muhammad S. A.W. Melaungkan kalimah suci tetapi tanpa mengerti mereka sedang melakukan dosa besar menghukum orang lain tanpa balas kasihan. Terumpama haiwan tanpa perasaan membaham apa sahaja tidak mengira halal haram.
        Jika benar Sultan Sulu itu perlu diiktiraf, maka dia perlu mengiktiraf Kebesaran Allah S.W.T dan pesuruhnya Muhammad S.A.W terlebih dulu. Dunia kini memandang tepat ke arah ISLAM dan bukannya Sultan sulu kerana sikap yang ditunjukkan oleh penganutnya yang rakus dengan kuasa. Tersenyumlah musuh-musuh Islam melihat gelagat umatnya yang saling membantai antara sesama kerana kuasa yang digelarkan oleh mereka(Konspirasi Zionis) sebagai sempadan antarabangsa.
        Tidak selesai dengan konflik di Asia Tengah, Selatan Thailand, Negara Islam Afrika dan kini Malaysia-Sulu@Moro. Lengkaplah perhentian zon peperangan oleh Zionis dan sekutunya. Ingatlah kita tidak akan kekal di dunia yang sirna ini. Menganyai dan menyakiti sesama Islam satu dosa yang besar dan tunggulah beban dosa yang berat akibat perbuatan sia-sia membunuh dan mengancam antara sesama manusia. Kalau hari ini kejahatan yang dilakukan dirasakan puas maka bersedialah untuk puas dengan azab yang menunggu.
        Luahan kekecewaan  oleh seluruh masyarakat dunia dikumpulkan sebagai sebuah dosa yang akan ditanggung olehmu manusia yang bergelar Sultan Sulu. Seorang sultan yang sepatutnya mempertahankan, melindungi rakyatnya terutamanya umat Islam bersikap seperti Zionis tanpa sedar akan besarnya kuasa Allah. Angkuh lidah sekeras besi, Kejam tanpa perikemanusiaan melebihi kaum Yahudi. Allah Maha Besar, Lindungi Hamba-Mu yang sedang dianyai dan disakiti. Kami memohon agar diberikan keselamatan kepada parajurit dan pejuang bangsa kami. Sabah hanya untuk Manusia yang adil dan penuh dengan kasih sayang.

SUBAHANALLAH.





       

No comments:

Post a Comment