Monday, 4 March 2013

Kaligrafi Khat Rekaan Yahudi

        Semua orang Islam khususnya di Malaysia memang menyukai dan mencintai kaligrafi terutamanya tulisan khat. Khat Islam memuatkan ayat-ayat tertentu daripada al-Quran (walaupuan sebenarnya kita sendiri tidak tahu maknanya). Tulisan Khat yang diambil daripada al-Quran terdiri daripada kalimah Allah, Muhammad, Basmalah manakala terdapat juga ayat atau surah yang sering diambil iaitu ayat Kursi, al-Fatihah, surah Kul dan banyak lagi. Budaya mengantung ayat-ayat dan kalimah daripada al-Quran sememang baik lagi murni malah merupakan petunjuk betapa kita mencintai al-Quran 
sebagai pedoman hidup.

        Namun kini segalanya tidak memungkinkan bahawa kaligrafi khat yang akan kita temui di pasaran benar-benar diambil daripada ayat al-Quran atau daripada sumber-sumber yang tidak sepatutnya. Suka saya katakan bahawa kini musuh Islam (isreil Laknatullah alai'k) dan sekutunya di rantau Asia juga telah mereka kaligrafi yang mirip dengan kaligrafi khat Islam yang kita kenali selama ini. Kaligrafi rekaan Yahudi ini tidak kurang cantiknya dan dijual bebas di pasaran kini. Seperti yang kita sedia maklum tujuan Yahudi hanyalah satu iaitu ingin memesongkan akidah umat Islam.
 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” 
                                                                                                                                    [Al-Baqarah 120]

        Kaligrafi khat rekaan Yahudi tersebut berbentuk bulat dan berukuran setengah meter persegi ini bertulis perkataan ''abana'' yang bererti "bapa kami". Dalam teologi Kristen, ayat ini bererti Tuhan bapa dan apabila dibaca dengan teliti, maka bacaan yang lengkap adalah abana "alladzi fis-samawati...". Sungguh mengelirukan kaligrafi rekaan Yahudi ini. sekilas pandang kita mungkin akan mengatakan bahawa ayat tersebut merupakan ayat daripada al-Quran yang menjadi tunjang kepada akidah dan keimanan kepada Allah. Apaila diteliti dan dikaji secara rinci, ayat tersebut sebenarnya berasal daripada Bible iaitu daripada bab Injil Matius; fasal 6, ayat 9-13.

        Kaligrafi khat rekaan Yahudi tersebut sudahpun bebas dipasarkan dan diedarkan di negara jiran, Indonesia. Dengan alasan itu, tidak mustahil kaligrafi khat tersebut akan memasuki pasaran Malaysia dalam jangka masa terdekat ini. Bersama-samalah kita menyebarkan isu ini agar tiada yang termakan umpan Yahudi dan sekutunya membeli dan memiliki kaligrafi khat daripada ayat Bible(al-Kitab).
      Tidak usai dengan itu, terdapat juga kaligrafi khat yang lainnya yang juga berasal daripada sumber yang diragui diedarkan secara bebas.

Kaligrafi khat palsu daripada bible

         "Cintailah musuh-musuh kamu dan berkatilah orang orang yeng mencela kamu, berbuat baiklah kepada orang yang memusuhi engkau, dan sambunglah silaturahim kepada orang-orang yang berbuat jahat kepada engkau dan orang-orang yang mengusir engkau agar menjadi anak-anak bapa kamu di surga."
                                                                                                                         (injil matius. 5:44-45) 

CONTOH II  Sekilas pandang tiada bezanya dengan khat Islam.



        

No comments:

Post a Comment