Saturday 17 December 2011


 

Asalamualaikum W.H.T. 
    Kejayaan pasukan bola sepak Kolej Tun Perak beraksi di final Kejohanan Bola Sepak Antara Kolej merupakan satu deminsi baru dalam sejarah bola sepak Kolej Tun Perak. Walaupun tewas dalam perlawanan akhir menentang Kolej 13, namun semua warga KTP berpuas hati dengan persembahan mantap yang ditunjukkan oleh para pemain. Pasukan Kolej Tun Perak diketuai oleh saudara Hamzah bin Harjono yang juga bermain di bahagian pertahanan tengah.

     Separuh masa pertama menyaksikan Kolej Tun Perak ketinggalan dengan 1 gol 0 melalui sepakan penalti  yang dihadiahkan kepada pasukan Kolej 13. Namun demikian sepakan penalti tersebut mendapat tentangan dan protes daripada pasukan Kolej Tun Perak dengan mendakwa tidak terdapat sentuhan atau asakan keras terhadap pemain penyerang Kolej 13 dalam kotak penalti. Selepas ketinggalan dengan jaringan pertama itu, pasukan Kolej Tun Perak cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan dengan menghasilkan beberapa peluang dan gerakan yang menarik namun tidak berhasil kerana tampak kelihatan bahagian serangan kurang berbisa menyudahkan hantaran-hantaran dan peluang yang terhidang.

     Separuh masa yang kedua memperlihatkan tiada pertukaran pemain pada awal permainan dilakukan oleh pengurus pasukan. Namun pertukaran posisi berlaku di bahagian serangan memberikan sedikit harapan kepada pasukan untuk menghasilkan jaringan. Permainan separuh masa kedua ini kelihatan seimbang antara kedua-dua pasukan dengan melakukan serangan balas terhadap pasukan lawan. Namun nasib tidak menyebalahi pasukan Kolej Tun Perak apabila jaringan kedua yang terhasil melalui serangan pantas bahagian tengah pasukan Kolej 13. Tertekan dengan keadaan jaringan yang tidak menyebalahi pasukan Kolej Tun Perak, pengurus pasukan membuat pertukaran pemain dengan menumpukan bahagian serangan. Namun 15 minit terakhir berlangsung, tiada sebarang jaringan yang mampu dihasilkan oleh pasukan Kolej Tun Perak.
 
    Tiupan wisel penamat menyaksikan pasukan Kolej Tun Perak terpaksa akur dengan keputusan yang tidak menyebalahi mereka. Namun kesungguhan dan keazaman pasukan ini merebut peluang ke perlawanan akhir merupakan usaha yang tidak boleh dipertikaikan. sejak debut perlawanan pertama, pasukan ini telah bekerja keras tanpa penat lelah disamping komitmen mereka terhadap Akademik merupakan satu kebanggaan seluruh warga Kolej Tun Perak dan Universiti amnya.

     Harapan semoga pasukan Kolej Tun Perak akan mengulangi semula rentak kemenangan pada Kejohanan Bola Sepak Antara Kolej akan datang berterusan dan lebih mantap. Perancangan awal yang rapi perlu dilakukan oleh pengurus pasukan disamping komitmen secara berterusan. Akhir kata Majulah Sukan Untuk KTP. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang berkerja keras sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sejak awal kempen pasukan Bola Sepak Kolej Tun Perak musim 2011/2012. 



No comments:

Post a Comment