Sunday, 18 December 2011

Sungha Jung

        Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap insan mempunyai hobi yang selalu dilakukan sama ada waktu senggang mahupun masa terluang. Hobi yang  dimaksudkan ialah hobi yang mampu memberi kepuasan, menaikkan motivasi, dan kadang-kadang mampu memberikan pulangan dalam bentuk ganjaran. Hobi yang paling menonjol sekarang seperti sukan dan rekreasi, nyanyian dan tarian, seni dan lukisan, gubahan dan pertukangan dan banyak lagi
Tetapi saya lebih suka kepada bidang seni Fotohgrafi. saya mula mengenali kamera semasa bersekolah di sekolah kebangsaan keningau melalui guru-guru saya yang gemar mengambil gambar dalam aktiviti ko-kurikulum yang saya sertai. Bermula daripada minat tersebut, saya mula memasang angan-angan untuk memiliki kamera DLSR  sendiri suatu hari nanti.


   

Alhamdulillah walaupun saya hanya mampu memiliki EOS1100D sekarang tetapi saya akan gunakan semaksimum mungkin kamera ini. Dan semestinya berkeinginan memiliki sebuah kamera EOS5D pada masa akan datang. Pastinya dengan aksesori dan lensa-lensa yang lain untuk fungsi yang berbeza. Langkah pertama dalam usaha memburu kamera ini pastinya dengan menabung dari sekarang.

                                                                             



Saya mula memperlajari kamera bermula dengan menggunakan Mode Full Auto dan kini mampu menggunakan kamera secara Manual sepenuhnya. Dalam usaha ini saya sering bertanya kepada rakan-rakan yang memang pandai dalam bidang ini cara menggunakan tetapan Shutter Speed, Apeture, dan Focal Length yang betul. Saya sangat berminat dengan Lensa Makro kerana ia mampu menangkap gambar-gambar makro seperti serangga, burung dan sebagainya dengan jelas. Antara gambar yang telah saya ambil setakat ini seperti gambar pepatung ini.

sekian dan terima kasih, kita berjumpa pada ruangan akan datang.

No comments:

Post a Comment