Sahabat, teman, rakan atau kawan merupakan eleman yang sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Sedar atau tidak merekalah yang menghiasi perjalanan hidup seiring bangkitnya kita dari tidur. Sahabat itulah yang akan selalu mengimamkan solat atau menjadi makmum dalam solat subuh hinggalah solat isyak. Merekalah juga yang akan menjadi tangan, mulut, mata dan telinga kepada kita, tidak kiralah perkara itu cenderung kearah positif atau sebaliknya.
Namun sejauh mana kita menjaga amanah dalam persahabatan. Beramanah dalam persahabatan merupakan salah satu batas pergaulan yang sememangnya dituntut setiap insan. Seseorang yang menyayangi dan mengasihi sahabatnya selalu menjaga amanahnya kerana amanah dalam persahabatan merupakan amal ibadat. Dan pastinya perihal amanah akan disoal oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Tidak kiralah sahabat kita itu lelaki mahupun perempuan.
Amanah bermakna suatu prinsip percaya dalam perhubungan dengan kata lain meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang terdekat. Menjaga maruah merupakan salah satu amanah yang amat besar nilainya dalam perhubungan. Sering kali kita didedahkan dengan segelintir orang yang mengaibkan orang lain dengan menyatakan keburukan sahabatnya. Tidak pernah terfikirkah kita apabila menyatakan keburukan orang lain juga salah satu unsur-unsur fitnah? Apabila kita menyatakan keburukan orang lain, tidak takkan terlepas untuk menokok tambah memaniskan cerita itu dan ini. Paling tidak pun proses menceritakan itu akan akan bersifat mengumpat.
Jika benar kita seorang sahabat yang baik, kita tidak akan tergamak menyatakan sedikitpun cacat cela orang yang menyatakan kepercayaannya kepada kita. Dan sebenarnya jika itu terjadi maka kita sebenarnya tidak ikhlas dalam persahabatan. Dan ikhlas atau tidak tujuan kita menjalinkan persahabatan bergantung sepenuhnya kepada niat.
Kasihilah orang lain umpama mengasihi diri sendiri, apatah lagi insan yang bergelar sahabat. Mengasihi orang lain bermakna mengasihi diri sendiri juga. Hakikatnya walaupun terdapat kekurangan dalam persahabatan yang terjalin, berdoalah kepada Allah S.W.T agar diberikan petunjuk. Kerana persahabatan yang kita jalinkan memberikan 1001 macam kebaikan yang tidak pernah kita bayangkan sama ada di dunia mahupun akhirat.
Sabda Rasullah SAW yang bermaksud “Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji”. Ingatlah sebanyak mana pun ibadah yang kita tunaikan, sebanyak mana pun ilmu yang dituntut, dan sebanyak mana pun kebaikan yang dicurahkan, seandainya kita lakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk tanpa keikhlasan maka semua itu hanya sia-sia.^^
:')
ReplyDeletehihi..napa kaka?
ReplyDelete