Asalamualaikum WHT.
Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah, sudahpun berada di penghujung semester pengajian bacelor. Tanpa petunjukMu dan bantuanMu pasti tiadalah upaya untuk sampai ke tahap ini. Bukan mudah tetapi tidak payah namun sedikit kesabaran dan ketabahan perlu dicanai sepanjang enam semester sebelumnya. Bermacam-macam peristiwa dan kejadian sepanjang masa yang telah berlalu. Teruja, gembira, ketawa, sedih, susah hati, perit, duka, suka namun lebih jelas semuanya ada tatkala merentasi dunia sebagai seorang pelajar dan mahasiswa.
Entry kali ini sedikit berbeza, sekadar untuk kenangan di masa akan datang untuk diselak, dikenang dan diimbau sang empunya blog yang kelihatannya "underdog". Semester ketujuh ini lebih mencabar kesabaran dengan memerlukan fokus dan kerajinan pada tahap yang maksimum. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk melayakkan diri bergraduat pada penghujung tahun hadapan. InsyaAllah cita-cita untuk menjulang segengam ijazah akan menjadi kenyataan. AMIN...AMIN...AMIN
BBM 3408 ada cerita tersendiri dengan rakan-rakan yang juga berada di semester akhir. Kursus ini tampak lebih menarik dan menonjol berbanding dengan kursus-kursus yang lain sepanjang pengajian. Kreativiti, kecekapan, kebolehan, kerajinan dan kerjasama amat dipentingkan memandangkan setiap tugasan perlu dilaksanakan dalam kumpulan.
Pemilik blog suka berkongsi sedikit sebanyak hasil karya dan olahan rakan-rakan yang berusaha menyiapkan tugasan yang berbentuk multimedia iaitu ekspresi antara lagu, video, lakonan dan persembahan. terdapat banyak hasil karya rakan-rakan seperjuangan namun yang akan dipaparkan cuma sebahagian yang dipilih secara rawak tanpa menggunakan sebarang prosedur pemilihan.
karya 'ONE SHOOT VIDEO CLIP'
pilihan 1:
pilihan 2:
pilihan 3:
SELAMAT MENONTON
like and share!!!
Waaa...tngok kami semua dr jauh yer... :-)
ReplyDelete