Monday, 22 May 2023

Penghargaan diri

"Hujung minggu yang lalu, terlintas dalam fikiran dan kesedarsn akan perjalanan hidup yang sedang dan akan ditempuhi ketika ini."

 Terlalu banyak perkara yang dilalui bahkan mungkin ada beribu perkara yang akan datang dan singgah hanya untuk berlalu pergi.

Sama ada menjadi kenangan yang akan dihargai atau kenangan yang akan menghantui fikiran.

Boleh jadi juga perkara yang mengembirakan atau sahaja perkara yang menyedihkan. Keduanya akan memberi makna dalam hidup meski kadang-kadang hanyalah sedetik bahkan setitik.

Kehidupan ini seakan semakin berat dan membebankan bahu yang makin lama makinlah lelah dan parah, makin berkarat dan makin larut. 

"Aduh kata tulang belikat menahan beban yang saban hari saban menekan dan mengalahkan kemampuan dan keupayaan sang belikat kurniaan Ilahi."

Akankah ada rahmat dan berkat Yang Maha Kuasa untuk menciptakan kekuatan dan ketahanan menempuh saratnya ujian dan peperiksaan di dunia ini.

Akankah masih diberikan ruang dan peluang menjunjung dan menjulang tugas dan pekerjaan yang amatlah disabarkan pada hari ke hari.

Akankah perlu dikerah dan diserahkan segala keringat hanya untuk menempuh perjuangan dan penjelajahan yang belum tahu akan pangkal dan akhirnya ini.

Hampir berfikir untuk berhenti dan berputus asa dengan segala pahit dan peritnya sudut kehidupan ini. Mun begitu tidak akan mudah secepat itu untuk kalah dan berserah. 

Hirupan dan hembusan hela nafas yang dalam dan panjang seakan menepis dan menampan rasa hancur harapan dan keinginan hamba.

Doa dan solah yang diwajibkan dan dikerjakan telah membangkitkan dan meningkatkan rasa perjuangan. 

Tidaklah mudah dikuburkan dan dilumpuhkan oleh perasaan dan perhitungan semata. 


Tuesday, 6 September 2016

Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Penipuan-Wang-Kertas.jpg








Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
 “Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-3.jpg
Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki
 Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat.
Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-7.jpg
The Creature From Jekyll Island
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-6.jpg
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia.jpg
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun–duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” 
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-4.jpg
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-11.jpg
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-8.jpg
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-12.jpgZimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-9.jpghttp://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-10.jpg
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-1.jpg
Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

http://hafizamri.com/wp-content/uploads/2012/01/Wang-Kertas-Penipuan-Terbesar-Dalam-Sejarah-Manusia-2.jpg
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Sumber : Milenia Muslim


Tuesday, 28 June 2016

FALSE FLAG OF AMERICA

Dirty False Flag by american

Dalam peperangan di laut, istilah false flag merujuk kepada serangan yang dibuat oleh sesebuah kapal perang sambil mengibarkan bendera pihak yang lain. 

Tujuannya untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka menyangka bahawa serangan tersebut datang dari pihak yang berbeza.

Tragedi serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat yang telah mengorbankan hampir 3,000 nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun jumlah korban akibat tragedi ini sebenarnya lebih besar lagi daripada itu. 

Jangan kita lupa dengan ratusan ribu nyawa lagi yang turut terkorban akibat ‘Perang Menentang Keganasan’ yang tercetus rentetan dari peristiwa ini.

Menurut naratif rasmi, sekumpulan pengganas yang digelar sebagai Al-Qaeda dan dipimpin oleh pengganas nombor satu dunia ciptaan Amerika dan Zionis, Osama bin Laden adalah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. 

Bagi mereka yang benar-benar menggunakan akal fikiran, terlalu banyak persoalan dan perkara yang tidak masuk akal yang boleh menggoyahkan cerita rasmi tersebut. 

Contohnya bagaimana bangunan WTC 7 yang tidak dirempuh oleh mana-mana pesawat boleh rebah ke bumi menjadi debu dalam masa beberapa minit sahaja hanya kerana kebakaran kecil? 

Bangunan tersebut tidak boleh runtuh begitu sahaja melainkan dengan bahan letupan. Siapa pula yang mendapat akses dengan begitu mudah untuk memasang bahan letupan dalam kuantiti yang besar?

Mustahil ia boleh dilakukan tanpa penglibatan orang dalam dan tanpa disedari oleh agensi perisikan Amerika Syarikat.

Inilah antara ratusan persoalan dan keraguan yang dibangkitkan oleh pelbagai lapisan masyarakat di serata dunia.

Anda sendiri boleh mengkaji pelbagai lagi analisis dan dokumentasi di luar sana dan melihat sendiri bahawa tragedi ini adalah sebuah penipuan yang paling besar dalam sejarah manusia di abad ke-21.

Sebenarnya penipuan seperti ini bukanlah perkara yang asing dalam sejarah. Malah ia juga mempunyai istilahnya tersendiri yang dipanggil sebagai “False Flag”.

“False Flag” dan Sejarahnya

Di arena politik, strategi ini digunakan oleh pemerintah untuk mencapai sesuatu objektif seperti menjustifikasikan peperangan dengan negara lain.

Biasanya strategi seperti ini dilakukan oleh negara-negara imperialis untuk menyerang dan menakluk sesebuah negara.

Untuk mendapatkan sokongan rakyat, kerajaan imperialis tersebut perlu meyakinkan masyarakat bahawa negara mereka sedang diancam atau diserang oleh pihak luar.

Akhirnya objektif untuk mencetuskan peperangan dan menakluk sesebuah negara dapat dicapai atas alasan ‘mempertahankan negara’, ‘melawan rejim yang zalim’, ‘mengembalikan demokrasi dan keamanan’, dan sebagainya.

Dalam sejarah terdapat banyak contoh bagaimana false flag telah digunakan oleh penguasa-penguasa politik untuk memenuhi matlamat dan kepentingan mereka.

Di sekitar tahun 1780-an, populariti dan pengaruh Raja Sweden, Gustav ke-3 semakin merosot di mata masyarakat.

Untuk mengembalikan semula pengaruh politiknya, beliau merancang untuk berperang dengan Russia yang juga dilihat menyokong penentang-penentangnya.

Walaubagaimanapun, peperangan bukanlah tindakan yang popular dan mendapat tentangan daripada masyarakat.

Pada tahun 1788, beliau telah mengarahkan ketua tukang jahit dari Opera Diraja Sweden supaya menjahit pakaian seragam tentera Russia untuk dipakai oleh tentera Sweden.

Tentera Sweden yang menyamar sebagai tentera Russia ini diarahkan untuk menyerang kedudukan tentera Sweden sendiri di sempadan Sweden-Finland.

Operasi false flag ini telah berjaya memperdaya rakyat Sweden dan membangkitkan kemarahan mereka.

Akhirnya penipuan ini berjaya memberi sokongan dan justifikasi kepada Gustav ke-3 untuk melancarkan perang Sweden-Russia pada tahun 1788-1790.

Pada tahun 1931, Jepun mencari alasan untuk menyerang dan menakluk Manchuria. Di bulan September tahun yang sama, seorang anggota tentera Jepun berpangkat Leftenan telah meletupkan landasan keretapi milik Jepun di Mukden, sebuah bandar di Manchuria.

Pemberontak China telah dipersalahkan atas serangan tersebut dan alasan ini telah digunakan oleh Jepun untuk menjajah Manchuria enam bulan selepas itu.

Apabila pembohongan ini berjaya dibongkar kemudian, Jepun telah diarah supaya menarik diri daripada menyertai Liga Bangsa-Bangsa (pertubuhan antarabangsa yang dibuat sebelum digantikan dengan PBB).

Pada tahun 1939, Heinrich Himmler, pemimpin dan komander Nazi Jerman yang terkenal menjadi perancang kepada beberapa siri operasi false flag untuk menjustifikasikan penaklukan Jerman terhadap Poland.

Operasi yang digelar sebagai Operasi Himmler ini dibuat untuk menyalahkan Poland atas tindakan-tindakan sabotaj dan keganasan yang dilakukan oleh tentera Jerman sendiri.

Tentera Jerman yang memakai pakaian seragam tentera Poland menyerang beberapa pos tentera Jerman di sempadan dan juga stesen radio Jerman.

Mereka juga menakut-nakutkan penduduk tempatan Jerman, melakukan vandalisme, dan kemudian meninggalkan mayat-mayat tahanan yang telah dibunuh dan dipakaikan dengan pakaian seragam tentera Poland.

Pada 1 September 1939, Adolf Hitler di dalam ucapannya menjadikan insiden-insiden serangan ini sebagai justifikasi untuk menyerang Poland atas alasan ‘pertahanan’. Serangan Jerman ke atas Poland kemudian menjadi permulaan kepada Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1954, Israel telah mengupah beberapa ejen warganegara Mesir yang berbangsa Yahudi untuk memasang bahan letupan di tempat-tempat awam seperti di panggung wayang dan perpustakaan.

Serangan pengeboman ini kemudian akan dipersalahkan ke atas gerakan Ikhwan Muslimin, gerakan komunis, atau gerakan-gerakan nasionalis di Mesir.

Operasi false flag yang dinamakan Operasi Susannah ini bertujuan untuk mewujudkan huru-hara supaya British mengekalkan pendudukan tenteranya di Terusan Suez.

Walaubagaimanapun, operasi ini akhirnya menemui kegagalan dan ejen-ejen tersebut ditangkap. Peristiwa ini kemudian digelar sebagai Lavon Affair selepas Menteri Pertahanan Israel, Pinhas Lavon didesak meletakkan jawatan berikutan kegagalan dan pembongkaran misi ini.

Pada tahun 1962, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah merangka sebuah strategi false flag yang dinamakan Operation Northwoods untuk memberi justifikasi kepada Amerika untuk menyerang Cuba dan seterusnya menggulingkan Fidel Castro.

Antara strateginya ialah merampas atau menembak jatuh pesawat penumpang Amerika, menenggelamkan kapal-kapal Amerika di perairan Cuba, mencetuskan serangan pengganas di dalam wilayah Amerika, dan sebagainya.

Semua ini akan dipersalahkan ke atas Cuba dan kemudian dijadikan alasan oleh Amerika untuk menyerang dan menggulingkan kerajaan Cuba.

Walaubagaimanapun, operasi ini telah ditolak oleh Presiden John F. Kennedy pada waktu itu. Dokumen mengenai operasi ini ditemui sewaktu pencarian rekod-rekod berkaitan pembunuhan John F. Kennedy dibuat pada pertengahan tahun 1990-an.

Operation Northwoods
Petikan Daripada Dokumen Operation Northwoods.

Pada bulan Ogos 1964, kapal pemusnah milik Amerika Syarikat, USS Maddox yang sedang menjalankan rondaan di perairan Teluk Tonkin di Vietnam (Baca: 
Konspirasi Teluk Tonkin) telah mendakwa bahawa mereka telah diserang dengan bom torpedo yang dilancarkan oleh tentera laut Vietnam Utara.

Insiden ini telah menyebabkan sebuah resolusi dikeluarkan yang membenarkan Presiden Lyndon Johnson untuk memulakan kempen perang secara terbuka di Vietnam.

Dalam sebuah dokumentari pada tahun 2003, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat sewaktu Perang Vietnam, Robert McNamara telah mengakui sendiri bahawa insiden serangan torpedo di Teluk Tonkin pada Ogos 1964 sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pada tahun 2005 pula, beberapa dokumen sulit yang telah dibuka kepada umum telah mendedahkan bahawa Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) telah memanipulasi maklumat supaya insiden serangan tersebut dilihat seperti berlaku.[8]

Pada 5 hingga 10 Jun 1967, Israel terlibat dalam peperangan yang dipanggil sebagai Perang Enam Hari menentang Mesir, Jordan, dan Syria. Semasa peperangan ini, Amerika Syarikat mengambil sikap neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Israel kemudian bertindak melaksanakan operasi false flag untuk menjerumuskan Amerika Syarikat ke dalam perang tersebut dan seterusnya membantu Israel menentang Mesir.

Pada 8 haribulan Jun, jet pejuang Israel telah menyerang USS Liberty, sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di perairan antarabangsa. Kapal tersebut diserang tanpa henti selama berjam-jam walaupun ia jelas mengibarkan bendera Amerika Syarikat.

Serangan tersebut dibuat oleh Israel dengan tujuan untuk menyalahkan tentera Mesir dan akhirnya mengheret Amerika Syarikat ke dalam kancah Perang Enam Hari.

Israel mendakwa bahawa mereka tidak tahu bahawa kapal tersebut milik Tentera Laut Amerika dan menyangka ia adalah kapal milik Tentera Laut Mesir.

Namun pendedahan pada tahun 2007 telah menunjukkan bahawa Israel sememangnya mengetahui bahawa kapal yang mereka serang adalah milik Amerika.

Tragedi serangan pengganas pada 11 September 2001 adalah contoh terbesar operasi false flag dalam sejarah dunia.

Serangan ini telah dipersalahkan ke atas Al-Qaeda (ciptaan CIA sendiri) dan dijadikan sebagai alasan untuk menyerang dan menakluk Afghanistan.

Beberapa bulan sebelum tragedi ini, Amerika telah memberi amaran kepada Taliban bahawa mereka mahukan hak di dalam projek pembinaan paip gas dan minyak di Afghanistan.

Amerika menyatakan bahawa mereka akan mendapatkannya samada melalui cara lembut ataupun cara yang keras (serangan ketenteraan).

Selain itu, Presiden Bush juga telah mengeluarkan sebuah perintah berkaitan keselamatan kebangsaan yang menggariskan pelan peperangan dan penaklukan Afghanistan 7 hari sebelum tragedi ini berlaku lagi.

Pelan tersebut akhirnya berjaya dilaksanakan pada bulan Oktober dengan menggunakan serangan 11 September sebagai justifikasi dan alasan.

Skrip Lama Sedang Dilakonkan Semula

Contoh-contoh yang telah dipaparkan ini hanyalah sebahagian daripada ratusan lagi operasi-operasi false flag yang pernah berlaku dalam sejarah.

Hari ini strategi klasik tersebut sedang digunakan sekali lagi dalam konflik terbaru di Syria. Seperti mana tuduhan ke atas Saddam Husin yang dikatakan memiliki senjata pemusnah besar-besaran dijadikan alasan untuk menyerang Iraq, kali ini kerajaan Syria pula sedang dituduh menggunakan senjata kimia oleh Amerika Syarikat untuk membolehkan campur tangan ke dalam konflik di Syria.

Kita tidak kata bahawa kerajaan Syria langsung tidak pernah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya. Tapi apa yang perlu kita faham di sini ialah kezaliman pemerintah sesebuah negara seperti Saddam Hussin, Basyar Assad, dan sebagainya hanyalah alasan yang digunakan oleh kuasa-kuasa pengganas seperti Amerika Syarikat untuk menyerang dan menakluk sesebuah negara.

Bodohlah kita jika menganggap bahawa Amerika peduli dengan hak asasi manusia, demokrasi, keamanan, dan bermacam-macam retorik kosong lagi.

Sewaktu Amerika berdegar-degar bercakap tentang demokrasi dan hak rakyat Syria, dalam masa yang sama mereka berterusan membiayai dan menyokong rejim Zionis yang saban hari menindas dan menyembelih rakyat Palestin.

Malah Amerika juga memberi bantuan dan sokongan kepada diktator-diktator Arab seperti di Arab Saudi, Qatar, Bahrain, dan Kuwait. Tidak jelas lagikah betapa hipokritnya Amerika?

Isu senjata kimia ini tidak lain hanyalah strategi false flag dan pembohongan yang sekali lagi digunakan untuk menjustifikasikan serangan dan penaklukan terhadap Syria.

Rancangan untuk menyerang dan menakluk Syria sebenarnya telah lama dibuat sebelum konflik di Syria berlaku lagi.

Amerika hanya perlukan alasan untuk membolehkan serangan terhadap Syria dihalalkan seperti mana tragedi 11 September dan senjata pemusnah besar-besaran dijadikan alasan untuk menakluk Afghanistan dan Iraq.

Sehingga hari ini tiada bukti Taliban yang bertanggungjawab ke atas tragedi serangan 11 September.

Sehingga hari ini juga masih belum ditemui di mana senjata pemusnah besar-besaran yang dimiliki oleh Saddam Husin itu.

Penggunaan false flag terhadap Syria sangat diperlukan lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Amerika dan masyarakat dunia sendiri menentang campur tangan ketenteraan di Syria.

PENGGANAS+KRISTIAN


Pada tahun 2007, bekas Jeneral dan komander NATO di Eropah, Jeneral Wesley Clark telah mendedahkan sendiri bahawa Amerika Syarikat telah pun merancang untuk menyerang 7 buah negara dalam masa 5 tahun sekurang-kurangnya sejak tragedi 11 September lagi.

Negara-negara tersebut ialah Iraq, Syria, Lubnan, Libya, Somalia, Sudan, dan akhir sekali Iran.

Apa yang berlaku hari ini? Iraq dan Libya telah pun diserang oleh pakatan Amerika dan NATO. Sudan telah dipecah-belahkan di mana Selatan Sudan kini sedang dijadikan boneka Amerika Syarikat.

Di Somalia pula Amerika membunuh rakyatnya dengan pesawat drone. Kini Syria pula berada di dalam kancah perang saudara dan Amerika sedang mengambil peluang untuk masuk campur.

Apa yang disebut oleh Jeneral Wesley Clark beberapa tahun lalu telah dan sedang pun berlaku di hadapan mata kita.

Jika dilihat semula kronologi tentang isu senjata kimia Syria, Amerikalah yang mula-mula sekali bersuara tentang isu ini. Ia bermula pada bulan Ogos 2012 semasa Presiden Obama berucap mengenai ancaman senjata pemusnah besar-besaran.

Obama memberi amaran bahawa Assad akan menanggung akibatnya jika senjata kimia digunakan di Syria. Sejak dari itu anjing-anjing yang menjadi sekutu Amerika seperti Britain, Perancis, dan Israel juga menyahut salakan Amerika tentang senjata kimia Syria.

Amaran dan ugutan untuk melakukan serangan ketenteraan diberikan kepada Assad jika senjata kimia digunakan.

Pelan Amerika dan Israel untuk menyerang dan menggulingkan pemerintah Syria seperti yang terdapat dalam pelbagai laporan dan pendedahan akhirnya akan tercapai dengan menjadikan isu ini sebagai justifikasi dan alasan.

Adakah kita tidak nampak lagi siapa yang akan untung dengan mempergunakan isu ini? Amerika dan Israel adalah hipokrit dan pengganas yang paling besar apabila bercakap tentang ancaman senjata pemusnah besar-besaran. Padahal merekalah yang memiliki dan menghancurkan negara-negara lain dengan senjata-senjata tersebut.

Sebelum ini, sewaktu pentadbiran Assad menjemput penyiasat senjata kimia PBB ke Syria, tiba-tiba sahaja berlaku serangan senjata kimia pada hari yang sama mereka tiba di sana.

Serangan tersebut juga tidak dilakukan ke atas penentang-penentang Assad, tetapi disasarkan ke atas orang awam dan berlaku tidak berapa jauh dari kedudukan penyiasat-penyiasat tersebut. Adakah ini masuk akal?

Mengapa Assad mahu ‘menembak kakinya sendiri’ dengan berbuat sedemikian di hadapan penyiasat-penyiasat PBB?

Ini tidak lain hanyalah satu usaha terdesak untuk membolehkan serangan terhadap Syria disegerakan walau dengan apa cara sekalipun.

Isunya di sini bukanlah hendak membela Assad, tetapi memahami pembohongan yang sering kali digunakan untuk menghalalkan peperangan.

Kesimpulan

Sun tzu, panglima tentera China yang terkenal menyebut bahawa peperangan itu berasaskan helah dan penipuan.

Jika kita sentiasa mengkaji dan melihat semula sejarah lampau, kebenaran kata-kata ini sangat jelas dan benar.

Malah apa yang berlaku hari ini juga tidak pernah berubah. Peperangan dan pembohongan adalah dua perkara yang tidak pernah berpisah.

Jangan sekali-kali kita melupakan sejarah. Ia akan sentiasa berulang dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. Cuma watak dan para pelakonnya sahaja yang berbeza-beza.

Sumber artikel: 
http://www.sentiasapanas.com/2015/11/false-flag-kaedah-menghalalkan.html#ixzz4Cl1grki8
 

Thursday, 16 June 2016

MERKURI

Merkuri atau raksa adalah sejenis logam berat. Ianya lebih sukar untuk dijumpai berbanding uranium tetapi lebih banyak berbanding emas. Didalam jadual berkala, merkuri dilabelkan sebagai Hg, singkatan kepada “hydrargyrum” yang bermaksud cecair perak dalam bahasa Latin. Ini kerana, ianya berkilat seperti perak dan dalam keadaan cecair di suhu bilik. Akan tetapi, merkuri juga dikenal sebagai salah satu bahan yang bertoksik kepada manusia. Jadi, jangan sentuh merkuri!
Jika anda pernah melihat termometer zaman sekolah dulu, terdapat sejenis cecair perak didalam bebulinya. Itulah merkuri. Akan tetapi, pada ketika ini atas sebab kesihatan dan keselamatan, termometer yang menggunakan merkuri semakin berkurang dan kini digantikan oleh termometer digital.
DARI MANA DATANGNYA MERKURI?
Merkuri tidak boleh didapati dalam bentuknya sendiri. Ini bermakna, anda tidak boleh mengorek tanah dan menjumpai merkuri yang berkilat itu. Merkuri sebenarnya boleh didapati dalam bentuk batu mineral yang dipanggil sinabar. Batu ini berwarna merah.
Selain itu, merkuri juga boleh didapati hasil daripada aktiviti manusia. Seperti yang disebutkan diatas, merkuri banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pembakaran arang batu, perlombongan emas (merkuri digunakan untuk mengekstrak emas tulin), pembakaran sampah, boleh menyebabkan pelepasan merkuri ke udara dan air.
BAHAYANYA MERKURI
Sebagai bahan neurotoksin yang paling kuat pernah diketahui manusia, merkuri boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak. Metilmerkuri, salah satu daripada jenis mekuri merupakan bahan yang paling berbahaya kerana ianya lebih mudah diserap oleh badan kita berbanding dengan lain-lain bentuk merkuri termasuk merkuri tulen. Golongan yang paling bahaya terhadap pendedahan metilmerkuri ini adalah bayi dalam kandungan.
MERKURI DALAM MAKANAN
Tiada siapa yang sengaja meletakkan merkuri dalam makanan. Bakteria telah megubahkan merkuri (terutama dari hasil buangan industri selain semula jadi) kepada metilmerkuri. Malangnya, merkuri tidak boleh diuraikan. Metilmerkuri ini akan masuk kedalam tumbuhan, haiwan dan ikan. Akan tetapi, jumlah metilmerkuri dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding tumbuhan dan haiwan darat lain.
Ikan yang kecil akan dimakan oleh ikan yang besar. Disebabkan merkuri tidak boleh diuraikan, jumlah metilmerkuri didalam badan ikan itu akan meningkat. Kandungan dalam pemangsa paling atas dalam rantaian makanan seperti jerung mempunyai beratus kali ganda metilmerkuri dalam ikan kecil yang makan plankton dan rumpai.
Dan ikan inilah yang bakal dimakan oleh kita. Antara kes terkenal mengenai keracunan merkuri sebegini adalah kes di Minamata pada tahun 1930-an hingga 50-an. Punca utamanya adalah pelepasan sisa industri.
MERKURI DALAM VAKSIN DAN UBAT-UBATAN
Merkuri pernah terkandung dalam vaksin. Etilmerkuri, merupakan 50% (secara berat) dalam bahan dinamakan timerosal. Timerosal digunakan sebagai “bahan awet” dalam vaksin dan bertindak mengelakkan pembiakan bakteria jika vaksin itu terdedah. Tidak seperti metilmerkuri, etilmerkuri tidak diserap secara terus dan disingkirkan dari badan dalam masa 3-4 hari.
Walaubagaimanapun, kesan sampingan terhadap etilmerkuri tetap ada terutama bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap bahan ini. Tetapi, ianya dalam bentuk kemerahan pada kulit, demam yang sedikit dan beberapa ketidak keselesaan yang biasanya hanya berlaku selama 2-3 hari sahaja.
Akan tetapi, timerosal sudah tidak digunakan dalam vaksin ketika ini. Walaupun bahayanya tidak terbukti, para pengamal farmasi tidak mahu mengambil risiko, dan dengan pembangunan teknologi semasa, timerosal dapat “dibuang” dari ramuan vaksin. Bagaimanapun, timerosal masih digunakan dalam ubatan selsema.
MERKURI DALAM KOSMETIK
Merkuri amat digunakan dengan meluas dalam dunia kosmetik terutamanya dalam krim pemutih kulit. Merkuri dalam bahan kosmetik adalah Merkuri diklorida ataupun merkuri terammonia. Berbanding etilmerkuri dan metilmerkuri, merkuri jenis ini adalah bahan yang aktif.
Merkuri dalam krim pemutih akan bertindak mengganggu penghasilan melanin, satu bahan yang memberi warna “gelap” pada kulit. Dengan gangguan ini, kulit kelihatan lebih cerah. Akan tetapi, salah satu fungsi melanin adalah melindungi kulit daripada sinaran ultraungu atau UV. Sebab itulah kulit orang-orang negara tropika (kawasan yang menerima sinaran matahari termasuk UV paling banyak di bumi) agak gelap.
Apabila kurangnya melanin, kulit akan menjadi lebih sensitif. Kesannya, gatal-gatal, ruam dan lebih teruk, parut.
Malah, bahan aktif ini lebih mudah diserap apabila terdapat luka atau rekahan pada kulit. Memburukkan lagi keadaan, ia sukar untuk disingkirkan berbanding timerosal yang akan diceraikan kepada natrium dan etilmerkuri (ini yang membuatkan timoresal lebih mudah disingkirkan dari bahadan). Dalam jangkamasa panjang, merkuri dalam badan ini akan bertambah (ingat, merkuri tidak boleh diuraikan) dan akhirnya… kerosakan pada otak.
KAWALAN MERKURI
Kebanyakan negara mempunyai kawalan ketat terhadap merkuri dalam kosmetik atas syor dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika. Akan tetapi, penghasilan merkuri daripada penghasilan tenaga dan juga sisa industri masih lagi merupakan cabaran yang besar. Malaysia, walaupun mempunyai petroleum dan empangan-empangan besar, sebenarnya bergantung kepada pembakaran arang batu sebagai sumber utama tenaga.


Bentuk Kata Tunggal

KATA TUNGGAL
            Kata dasar yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan . Kata tunggal terdiri daripada beberapa suku kata iaitu satu vokal(v) atau diikuti satu konsonan (k). Selain itu, terdiri daripada morfem sebagai unsur perkataan yang disusun dan dicantumkan untuk membentuk perkataan. ciri-ciri lain bagi kata tunggal ialah merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. Sebagai contohnya ialah kata ini, buku, pen dan bulan.
            Kata tugas juga merupakan salah satu bentuk kata tunggal. Kata tugas adalah unit yang tidak dapat berdiri  sendiri dan memerlukan sekurang-kurangnya satu unit bebas untuk menjalankan tugas nahunya. sebagai contohnya di sana, ke rumah, untuk emak.
            Manakala akronim merupakan kata yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.

KATEGORI KATA TUNGGAL

Satu suku kata
Contoh; yu, ya

Dua suku kata
Contoh; kayu, kutu, gagah, harum, kering, hantu, setan, siring

Tiga suku kata
Contoh;  kepala, aroni, kelawar, cuaca, biola, mulia, celaka,                                       bahasa seminar, deria, setia

Empat atau lebih suku kata
Contoh ; bidadari, malaikat, anugerah,masyarakat

Lima suku kata
Contoh ; universiti, maharajalela, cenderawasih, kosmopolitan


KATA TUGAS
contoh kata sendi nama;
                       di-, ke-, dari, dengan, untuk
                       di rumah, dari seberang, dengan tenang,
                       untuk ibu

AKRONIM
Bentuk yang dihasilkan melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dan sejumlah perkataan
Contoh;            cerpen – cerita pendek
                        jentolak – jentara tolak
                        hakis – habis kikis
                        proton – perusahaan otomobil nasional

Kata Adverba dalam Bahasa Melayu

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa nama dari segi cara masa dan tempat. Perkataan adverba boleh hadir di hadapan dan juga di belakang frasa.  Contohnya ialah, 

 Contoh 1. Kami selalu mengunjungi gerai Pak Halim. 
 Contoh 2. Abang akan bertolak hari esok. 

Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama tetapi hanyalah golongan kata tugas kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat. Buktinya seperti berikut, 

 Contoh 3. Perhubungan langsung 
 Contoh 4. Ketibaan mereka esok 
 Contoh 5. Jawapan demikian 

Pada contoh tersebut terdapat kata adverba yang berfungsi sebagai predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud terdapat bahagiaan daripadanya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh Bahasa lisan. Ayat yang penuh adalah seperti berikut; 

 Contoh 3.a Perhubungan secara langsung. 
 Contoh 3.b Ketibaan mereka pada hari esok. 
 Contoh 3.c Jawapannya secara demikian. 

Kata adverba langsung pada contoh 3.a menerangkan frasa nama secara. Kata adverba esok pula menerangkan frasa sendi nama pada hari sementara kata adverba demikian menerangkan frasa nama secara, yang menunjukkan bahawa kata adverb tidak boleh menjadi inti bagi predikat. 

(i) Bentuk Kata Adverba 
 (a) Kata adverba jati 
 (b) Kata adverba adjektif 
 (c) Kata adverba kata kerja 
 (d) Kata adverba gandaan 

(a) Kata adverba jati 
Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama. 

 i) Semalam 
 ii) Kelmarin 
 iii) Esok 
 iv) Lusa 
 v) Tulat 
 vi) Kelak 
 vii) Sekarang 
 viii) Dahulu 
 ix) Tadi 
 x) Kemudian 
 xi) Barangkali 
 xii) Sering kali 
 xiii) Acap kali 
 xiv) Kerap kali 
 xv) Julung kali 
 xvi) Sentiasa/senantiasa 
 xvii) Kadang-kadang 
 xviii) Kadang kala 
 xix) Saling 
 xx) Sekali gus 
 xxi) Serentak 
 xxii) Jarang kali 
 xxiii) Sempat 
 xxiv) Langsung 
 xxv) Nyaris 
 xxvi) Begitu 
 xxvii) Begini 
 xxviii) Demikian 
 xxix) Pertama kali 
 xxx) Agaknya 
 xxxi) nanti 

 Contoh dalam ayat; 
 Contoh 4. Permainan akan dimulakan lima minit dari sekarang. 
 Contoh 5. Ibu sering menyiapkan bekalan untuk adik bawa ke sekolah. 
 Contoh 6. Halim sangat dikenali rakannya kerana sering kali membantu                           mereka.

(b) Kata adverba adjektif
Kata adverba adjektif jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. 
Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah. 

 i) Berjalan laju 
 ii) Ketawa besar 
 iii) Mengalir lesu 
 iv) Terbang tinggi 
 v) Hampir jatuh 
 vi) Kurang berhati-hati 
 vii) Bertiup kencang 
 viii) Sakit kuat 
 ix) Besar panjang 
 x) Panjang lebar 
 xi) Tinggi lampai 
 xii) Ke hospital segera 
 xiii) Dari rumah selalu 
 xv) Sering di pejabat 

 Contoh dalam ayat; 
 Contoh 7. Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu. 
 Contoh 8. Ali tidak dapat datang ke sekolah kerana sakit kuat. 
 Contoh 9. Ayah memarahi Aminah kerana tidak pandai menutup aurat 
                walaupun sudah besar panjang. 

(c) Kata adverba kata kerja 
Kata adverba jenis ini pada asalnya merupakan kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah; 

 i) Berjalan miring 
 ii) Terbang meninggi 
 iii) Hitam berkilat 
 iv) Merah menyala 
 v) Berenang menelentang 
 vi) Tenang membiru 
 vii) Putih berseri 
 viii) Tinggi mengawan 
 ix) Di rumah bersendirian 
 x) Ke hutan menyendiri 

 Contoh dalam ayat; 
 Contoh 10. Ketam ialah binatang yang berjalan mengiring 
 Contoh 11. Kereta baru ayah kelihatan putih berseri. 
 Contoh 12. Layang-layang itu sering ke hutan menyendiri. 

(d) Kata adverba gandaan 
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. 

Terdapat tiga bentuk kata adverba berganda seperti berikut: 
 i) Kata adverba penggandaan penuh 
 ii) Kata adverba penggandaan separa 
 iii) Kata adverba penggandaan berentak 

i) Kata adverba penggandaan penuh 
Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang datangnya berasal daripada proses penggandaan seluruh kata dasarnya. 

Contohnya; 
 betul-betul 
 sedikit-sedikit 
 jarang-jarang 
 laju-laju 
 malam-malam 
 pura-pura 
 cepat-cepat 
 sama-sama 
 tinggi-tinggi 
 diam-diam 

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 13. Ayah betul-betul gembira setelah mendengar khabar bahawa                         abang Harun akan pulang ke kampung untuk bercuti hari raya                           tahun ini. 
 Contoh 14. Aku tahu Johan hanya berpura-pura baik di hadapan ibu                                 bapanya.  
 Contoh 15. Simpanan Ali semakin banyak walaupun dia hanya menyimpan                        sedikit-sedikit setiap bulan. 

ii) Kata adverba penggandaan separa 
Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya yang mengandungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa iaitu;

 • Penggandaan separa berawalan 
 • Penggandaan separa berakhiran 
 • Kata adverba penggandaan separa berawalan 

Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalannya.

Contohnya: berdikit-dikit bermalam-malam sekali-kali setinggi-tinggi teresak-esak terkeseng-keseng terkedek-kedek terkial-kial berderat-deret sepandai-pandai terburu-buru terjengket-jengket tersipu-sipu 

Contoh dalam ayat: 
Contoh 16. Kami sesat bermalam-malam di puncak gunung itu. 
Contoh 17. Sekawan itik berjalan tergedek-gedek menyeberang jalan. 
Contoh 18. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. 

Selain itu, terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga menerima akhiran –nya. 
Contohnya: 

 selama-lamanya 
 seikhlas-ikhlasnya 
 secepat-cepatnya 
 sebodoh-bodohnya 
 setinggi-tingginya 
 semahu-mahunya 
 seluas-luasnya 
 seboleh-bolehnya 

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 19. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan                           kepada tetamu kehormat yang datang memeriakan majlis itu. 
 Contoh 20. Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan Tuhan.  Contoh 21. pahlawan yang terkorban dikejarkan ke hospital terdekat secepat-                   cepatnya. 

 • Kata adverba penggandaan separa berakhiran

Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang asalnya daripada proses penggandaan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya.

Contohnya: 
 gila-gilaan 
 habis-habisan 
 besar-besaran 
 kecil-kecilan 
 mati-matian 
 bunuh-bunuhan 

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 22. Mereka menari gila-gilaan menyambut kedatangan tahun baru.  Contoh 23. Pasukan bola sepak Jerman bermain habis-habisan untuk                               merebut gelaran juara. 
 Contoh 24. Para perajurit berjuang bermati-matian mempertahankan kubu                     mereka. 

 iii) Kata adverba penggandaan berentak Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu:  

Contohnya: 
 menangis sedu-sedan 
 berbunyi hingar-bingar 
 berjalan mundar-mandir 
 lari lintang-pukang 
 berjalan huyung-hayang 
 datang serta merta

 Contoh dalam ayat: 
 Contoh 25. kamisah menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan kekasihnya.  Contoh 26. Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari. 
 Contoh 27. Budak nakal itu berlari lintang-pukang apabila dikejar anjing                             garang.